The Malaysia Post

Padah Buat Laporan Palsu, Ija Nizaruddin dan Adik Kena Penjara Sebulan

Mahkamah Majistret Muar hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan denda RM1,500 terhadap pempengaruh Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, atau lebih dikenali sebagai Ija dan adiknya Tengku Abdul Aziz. Hukuman ini dijatuhkan selepas kedua-duanya mengaku bersalah telah membuat laporan palsu kehilangan Ija yang kononnya berlaku di Sungai Tui, Bukit Kepong, pada 14 Julai lalu.

Kes berprofil tinggi ini telah menarik perhatian masyarakat apabila laporan kehilangan itu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran selama empat hari yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan unit K9.

Laporan Palsu Kehilangan Pempengaruh Ija Membazirkan Sumber Negara

Siasatan mendapati kejadian kehilangan tersebut telah direka secara sengaja, dengan Tengku Nizaruddin merancang untuk meletakkan keretanya ke dalam sungai dan melarikan diri ke Thailand. Beliau kemudian meminta adiknya untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis bahawa dirinya telah hilang dan tidak dapat dihubungi sejak jam 4 petang pada 14 Julai.

Tengku Abdul Aziz telah membuat laporan palsu kehilangan pempengaruh terbsebut pada jam 11.38 malam di Balai Polis Lenga. Operasi SAR dijalankan segera sebaik laporan diterima, dan sebuah kereta yang dipandu Tengku Nizaruddin ditemui tenggelam di Sungai Tui pada keesokan harinya.

Baca juga:

Ija Cuba Melarikan Diri ke Thailand dan Penemuan Bukti Kukuh

Ija dipercayai memasuki Thailand melalui Padang Besar, Perlis. Siasatan lanjut mengesahkan pergerakan keluar beliau melalui sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Tiket penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai bertarikh 17 Julai turut ditemui, selain bukti tempahan perkhidmatan e-panggilan dan rakaman CCTV yang mengesahkan kehadirannya di Terminal Bas Seremban.

Perkara ini akhirnya terbongkar pada 19 Julai, apabila beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa. Kes tersebut mengundang kecaman orang ramai berikutan pembaziran sumber dan tenaga pihak berkuasa demi menyelamatkan seseorang yang tidak benar-benar hilang.

Hukuman dan Rayuan Ija Nizaruddin dan Adiknya

Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas kedua-dua tertuduh serta denda RM1,500, dengan tambahan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen dan Yasmin Mohd Piah, memohon agar hukuman berat dikenakan kerana kesalahan ini dianggap serius dan membazirkan aset negara, serta dilihat memperlekehkan tugas anggota keselamatan.

Peguam bela daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Hafizah Abdullah, bagaimanapun merayu agar anak guamnya hanya dikenakan denda, memandangkan ini adalah kesalahan pertama mereka dan kedua-duanya merupakan penanggung keluarga yang masih mempunyai tanggungan anak-anak.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Chicharito Mohon Maaf, Akui Silap

Read Next

PAS Gagal Jika 500,000 Tidak Hadir Himpunan Turun Anwar – Puad Zarkashi

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *