The Malaysia Post

Operasi Sindoor India Sasar Kem Pengganas di Pakistan

Serangan udara yang dirancang kerajaan India ke atas apa-apa yang dianggap sebagai kemudahan bagi pengganas di Pakistan, termasuklah kem latihan militan yang dimiliki oleh Jaish-e-Mohammed dan Lashkar-e-Tayyiba. Tindakan kerajaan India ini dipercayai diambil susulan kegagalan kerajaan Pakistan dalam melakukan sebarang tindakan terhadap serangan yang meragut nyawa ramai pelancong di Kashmir yang berada di bawah pentadbiran India bulan lalu.

Serangan yang diberi nama “Operasi Sindoor” itu dilaporkan berlangsung selama 25 minit, bermula dari jam 1.05 pagi hingga 1.30 pagi waktu tempatan. Pendedahan tersebut dibuat oleh Kolonel Sofiya Qureshi dalam satu sidang media khas yang diadakan pada hari Rabu.

Dakwaan India Terhadap Kem Pengganas di Pakistan

Setiausaha Luar India, Vikram Misri, menegaskan bahawa serangan tersebut merupakan tindak balas kepada kegagalan Pakistan bertindak ke atas kumpulan pengganas yang dipercayai berpangkalan dalam wilayahnya. Ujarnya, sudah lebih dua minggu selepas serangan kejam terhadap orang awam di Kashmir, namun begitu masih tiada apa-apa tindakan konkrit diambil oleh Islamabad.

“Tiada bukti yang menunjukkan Pakistan telah mengambil langkah tegas terhadap kem pengganas sama ada di dalam wilayahnya mahupun di kawasan yang dikawal olehnya,” kata Misri semasa sidang akhbar itu.

Lokasi Serangan dan Sasaran di Pakistan

Dalam sesi taklimat yang diadakan itu, tentera India mendedahkan rakaman video dan peta yang menunjukkan lokasi sasaran serangan, yang didakwa sebagai kem latihan militan di wilayah Kashmir yang dikuasai Pakistan dan juga di Punjab.

Qureshi menjelaskan bahawa sasaran serangan telah dikenal pasti melalui maklumat risikan yang diperoleh. Beliau turut menegaskan bahawa tiada pemasangan tentera Pakistan menjadi sasaran, dan tiada laporan rasmi mengenai kematian orang awam di kawasan serangan daripada pihak India.

Baca juga:

Pertikaian Dakwaan Kerugian dan Jet Tentera India yang Ditembak Jatuh Pakistan

Walaupun pihak Pakistan mendakwa berjaya menembak jatuh lima jet Tentera Udara India dalam serangan tersebut, dakwaan itu tidak mendapat sebarang maklum balas rasmi daripada pegawai India yang hadir pada taklimat. CNN juga menyatakan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan tuntutan tersebut secara bebas.

Namun begitu, jurucakap tentera Pakistan telah memaklumkan kepada pihak Reuters bahawa sekurang-kurangnya 26 orang awam dilaporkan terbunuh akibat serangan oleh tentera India. Kenyataan ini menimbulkan kebimbangan antarabangsa mengenai kemungkinan kematian orang awam yang tidak disengajakan dalam operasi bersenjata ini.

Perang India, Pakistan Semakin Buruk

Ketegangan India dan Pakistan memuncak susulan serangan kejam ke atas pelancong di Kashmir, dengan India menuduh militan disokong Pakistan, namun Islamabad menafikan. Insiden ini dijangka memburukkan lagi hubungan dua hala dan menggugat kestabilan Asia Selatan.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Azlan Komeng Beri Amaran Tegas Kepada Bakal Isteri Kedua: “Jangan Sentuh Nilam”

Read Next

Buaya Gergasi 410 kg Kena Tangkap di Kebun Sawit Batu Pahat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *