The Malaysia Post

Nak Travel Tanpa Risau? Ini 10 Destinasi Mesra Muslim Paling Terbaik

Nak bercuti tapi risau pasal makanan halal, tempat solat, atau suasana yang selesa untuk keluarga Muslim? Jangan risau, sekarang makin banyak negara dan bandar di seluruh dunia yang mesra pelancong Muslim, lengkap dengan restoran halal, surau, dan suasana tenang yang sesuai untuk healing sekeluarga.

Jom tengok 10 destinasi mesra Muslim yang best untuk dijadikan lokasi percutian korang seterusnya!

Senarai Destinasi Mesra Muslim Paling BEST

1. Bosnia Herzegovina – Destinasi Mesra Muslim Paling POPULAR

Bosnia Herzegovina

Bosnia ni memang underrated! Tapi sebenarnya negara ni pernah tersenarai dalam Global Muslim Travel Index sebagai antara negara bukan Islam yang paling mesra Muslim.

Korang memang suka tengok pemandangan ala-ala Eropah dengan vibe yang still Islamik kan? Jom lah ke Bosnia. 

2. Sepanyol

sepanyol

Yes, Sepanyol! Tapi bukan semata-mata sebab tapas dia. Sepanyol, especially kawasan macam Cordoba dan Granada, ada sejarah Islam yang kaya. 

Seni bina Islam kat sini memang padu 1 Alhambra, Masjid Cordoba… semua ni bukti zaman kegemilangan Andalusia dulu.

3. Maldives – Destinasi Mesra Muslim Penuh Mewah

maldives

Nak bercuti tepi laut sambil rehat kepala? Maldives memang top.

Majoriti penduduknya Muslim, jadi makanan halal memang bukan isu. Banyak resort yang ada kemudahan surau dan pakej mesra Muslim.

Tempat paling best untuk korang honeymoon atau buat family trip.

4. Taiwan – Destinasi Mesra Muslim Paling TOP

taiwan

Taiwan makin mesra pelancong Muslim sekarang. Hotel dah mula sediakan surau mini, dan banyak restoran ada logo halal.

Tempat wajib pergi? Taipei, Kaohsiung dan Taichung yang penuh dengan budaya, shopping dan makanan best!

5. Morocco – Destinasi Mesra Muslim Popular

morocco

Kalau korang suka budaya dan seni bina klasik Islam, Morocco memang kena masuk dalam bucket list. 

Kota macam Marrakech dan Fes penuh dengan seni bina Islamik dan pasar tradisional. Makanan pun sedap dan confirm halal!

Bukan itu sahaja, rakyat Morocco pun sangat peramah dan makanan halal memang tak perlu risau langsung.

6. Uzbekistan

uzbekistan

Negara ni memang sarat dengan sejarah Islam. Bandar-bandar macam Samarkand, Bukhara dan Tashkent penuh dengan masjid berusia ratusan tahun dan madrasah lama.

Negara ni juga antara yang paling best kalau korang suka sejarah dan vibe old-school Islam.

7. Kazakhstan

kazakhstan

Walaupun Kazakhstan berkongsi sejarah dan budaya dengan Uzbekistan namun negara ini sangat  sesuai untuk korang yang suka sejarah dan alam semula jadi. Almaty dan Astana (kini Nur-Sultan) ada banyak tempat menarik untuk Muslim. 

Jangan tunggu, jom terokai Kazakhstan yang super luas dan penuh kejutan ini.

8. Jordan

jordan

Jordan ni bukan je ada Laut Mati dan Petra. Tapi ada juga makam-makam sahabat Nabi dan tempat bersejarah Islam yang buat korang rasa dekat dengan sejarah Islam. 

Makanan halal? Memang mudah! 

9. Sri Lanka

sri lanka

Walaupun minoriti Muslim, negara ni tetap mesra Muslim. Dari Colombo sampai ke Kandy, restoran halal memang banyak. 

Suasana pun tenang dan sesuai untuk korang yang nak lari dari kesibukan bandar.

10. Hong Kong – Destinasi Mesra Muslim Mesra Kanak-Kanak

hong kong

Jangan tak tahu, Hong Kong juga ada pelbagai restoran halal dan masjid.Korang boleh cuba dim sum halal di Islamic Centre Canteen dan nikmati city view dari Victoria Peak. 

Banyak pilihan hotel yang sesuai untuk keluarga Muslim juga!

Baca juga:

Kalau korang tengah buat perancangan bercuti bersama keluarga atau pasangan, pilihlah destinasi yang bukan saja cantik, tapi juga mudah untuk Muslim dari segi makanan, solat dan budaya. 

Harap senarai ni dapat bantu korang cari lokasi impian!

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Influencer Indonesia Umum Hamil Anak Luar Nikah, Rasa Lega Tak Mandul

Read Next

Elcah Nafi Syada Amzah Orang Ketiga

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *