The Malaysia Post

Menteri Kewangan gagal ramal pertumbuhan ekonomi, Tok Mat

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak dapat meramalkan pertumbuhan ekonomi secara realistik dan objektif selepas kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku terakhir 2019 dilaporkan paling perlahan sejak suku ke-2 2016, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Prestasi ini jauh lebih rendah daripada ramalan menteri kewangan PH sebanyak 4.9% (dalam ucapan Belanjawan 2019) dan juga tersasar dari ramalan dalam ucapan Belanjawan 2020, iaitu 4.7%,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata Belanjawan Negara 2019 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana hasil kerajaan tidak dapat menepati sasaran.

Maka, rakyat tidak dapat menikmati janji-janji yang ditabur dalam belanjawan secara sepenuhnya.

Beliau juga mempersoalkan unjuran Lim bahawa ekonomi akan berkembang lebih pesat pada 2020 iaitu sebanyak 4.8% memandangkan unjuran 2019 tidak berlaku untuk 2 tahun berturut-turut.

“Yang lebih membimbangkan lagi, ekonomi negara kini diimpak besar oleh wabak koronavirus. Adakah kerajaan PH masih terlalu optimistik sehingga tidak bersedia untuk menangani isu aliran tunai operasi perniagaan?”

Gabenor Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata wabak koronavirus yang sudah meragut lebih 1,000 nyawa – akan memberi kesan pada industri pelancongan, termasuk perbelanjaan ke atas hotel, runcit, pengangkutan, dan restoran.

Ekonomi negara pada tahun lalu bertumbuh pada kadar 4.3%. Pada 2018, ia berada pada 4.7%. Bagi suku ke-4 2019, ekonomi bertumbuh 3.6%, yang terendah sejak suku ke-3 2009.

Sebelum ini, Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK 4.8% tahun ini.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Galaxy Z Flip bakal keluar 14 Feb ini, perkukuh kedudukan Samsung

Read Next

Budak tercampak dari kereta ke lebuh raya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.