The Malaysia Post

Maszlee mahu Peguam Negara letak jawatan

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi dua pilihan kepada Tan Sri Tommy Thomas sama ada untuk kembali mematuhi dasar kerajaan atau melepaskan terus jawatan sebagai Peguam Negara.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian susulan tindakan Tommy memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada Jumaat.

Jelas beliau, kegagalan Tommy mengambil kira dasar kerajaan sebelum membuat keputusan bukan sahaja salah tetapi bertentangan dengan peranan beliau selaku penasihat undang-undang utama kerajaan Persekutuan.

“Saya mengambil maklum terdapat peranan yang berbeza apabila Tommy menjalankan tugas sebagai pendakwa raya dan apabila beliau berperanan sebagai Peguam Negara iaitu penasihat undang-undang.

“Namun dalam menjalankan tugas sebagai pendakwa raya, Tommy tidak boleh sama sekali membelakangi dasar kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, kuasa untuk menyenaraikan sesuatu kumpulan sebagai kumpulan pengganas atau sebaliknya adalah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Selagi mana ia tidak diubah oleh Menteri Dalam Negeri, maka ia kekal sebagai keputusan kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara melalui agensi serta badan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia.

“Keputusan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan ke atas 12 individu yang telah dituduh di mahkamah adalah disandarkan kepada keputusan kerajaan Australia dan Sri Lanka.

“Bagaimanapun, keselamatan negara adalah tanggungjawab Kerajaan melalui KDN,” ujar beliau.

Semalam, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 tertuduh yang sedang berdepan pendakwaan menyokong LTTE selepas mendapati tiada prospek jelas untuk mensabitkan dengan mana-mana daripada 34 pertuduhan dihadapi mereka.

Antara yang dituduh sebelum ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan, 34; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, 60, mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

SPRM tidak minta dokumen baru daripada Najib, Rosmah, disoal selama sejam

Read Next

Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.