JERTEH, TERENGGANU – Tragedi kemalangan yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mencuri perhatian ramai, termasuk tokoh perniagaan dan usahawan terkenal, Eriyca Baiduri, yang lebih dikenali sebagai Madammu.
Dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok, Madammu berkongsi pengalaman menyayat hati ketika menghadiri pengebumian salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Allahyarhamah Nur Dalila Farhana.
Tragedi Bas UPSI: Madammu Hadir Pengebumian Pelajar UPSI
Menurut Madammu, kehadirannya di tanah perkuburan tersebut bukan dirancang, sebaliknya berlaku secara kebetulan apabila mengetahui bahawa pengebumian arwah dilangsungkan berdekatan dengan rumah nenek beliau di Jerteh, Terengganu.
“Tanah perkuburan ini betul-betul di hadapan rumah nenek saya. Takkanlah ada kematian, saya tidak keluar rumah. Lagipun arwah pun orang kampung saya dan merupakan saudara saya juga,” ujar beliau dalam siaran langsung tersebut.
Kenyataan tersebut turut disambut pilu oleh netizen yang mengikuti siaran langsung tersebut, dengan ramai yang meluahkan rasa hiba dan turut menzahirkan ucapan takziah.
Keadaan Jenazah Pelajar UPSI Yang Buat Hati Tersentuh
Dalam perkongsian tersebut, Madammu sempat bertanya kepada seorang penduduk kampung mengenai keadaan jenazah Allahyarhamah Nur Dalila Farhana sebelum dikebumikan.
Jawapan yang diterima menyentuh hati:
“Dia comel dan putih.”
Perkongsian itu memberi ketenangan kepada ramai yang mengikuti perkembangan tragedi tersebut, seolah-olah menggambarkan bahawa arwah pergi dalam keadaan yang baik dan damai.
Baca juga:
- Bas Express Pelajar UPSI Tidak Ikut Laluan Biasa, Keluarga Pertikai Tindakan Pemandu
- Laluan Imigresen Kod QR untuk Penumpang Bas di Singapura Akan Bermula 16 Disember
Reaksi Netizen: Solidariti dan Doa untuk Mangsa Nahas Bas UPSI
Rata-rata pengguna media sosial turut menzahirkan rasa sedih dan mendoakan kesejahteraan roh mangsa-mangsa yang terlibat. Antara kapsyen dan komen popular yang tular ialah:
“Salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa yg terlibat, moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”
Beberapa pengikut turut berkongsi kandungan video dengan tanda pagar seperti #madammu, #noir, dan #adikadikUPSI yang menjadi trend di TikTok serta Instagram.
Nahas Bas UPSI Yang Menggoncang Negara
Kemalangan tragis yang berlaku pada awal pagi Isnin di Jalan Raya Timur-Barat Banun berdekatan Tasik Banding, Gerik, telah mengorbankan 15 individu, termasuk pelajar UPSI dan pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza. Kejadian tersebut mencetuskan reaksi meluas di seluruh negara serta panggilan untuk meningkatkan aspek keselamatan pengangkutan awam universiti.