The Malaysia Post

Lelaki maut oleh hantavirus di China

Keadaan pandemik koronavirus semakin beransur pulih dan dapat dikawal sepenuhnya di China, dan rakyatnya mula menjalani kehidupan mereka seperti sebelumnya.

Terbaharu, seorang rakyat negara itu telah dilaporkan maut akibat terkena jangkitan hantavirus. Untuk pengetahuan anda, simptom hantavirus ini mengakibatkan kelesuan, sakit otot dan sakit kepala.

Difahamkan, mangsa adalah seorang lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja dalam sebuah bas pada Isnin lalu.

Justeru itu, 32 penumpang bas telah menjalani saringan kesihatan untuk memastikan tiada jangkitan berlaku. Akan tetapi, maklumat mengenai keputusan ujian tersebut tidak dinyatakan.

ET53zaLXsAEgGI4 1

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), pemindahan virus tersebut daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996. Virus tersebut menjangkiti manusia melalui tikus.

Malah, kes melibatkan hantavirus ini dikhabarkan hanya terjangkiti jika ada close contact melalui air kencing atau air liur. Diharap tiada penularan wabak baru yang serius terutama sekali apabila seluruh dunia masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

AMD umumkan Ryzen 9 4900H dan 4900HS untuk komputer riba

Read Next

Malaysia lanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *