KUALA LUMPUR, 7 Januari 2025 – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah mengesahkan tidak akan menyertai dua kejohanan utama iaitu Terbuka India 2025 dan Masters Indonesia 2025.
Menurut pengumuman rasmi daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang diterbitkan melalui laman web rasmi mereka, nama Zii Jia tidak tersenarai dalam senarai penyertaan kedua-dua kejohanan tersebut.
Terbuka India 2025 dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 19 Januari di New Delhi, manakala Masters Indonesia 2025 pula akan diadakan dari 21 hingga 26 Januari di Jakarta.
Terbuka India dan Masters Indonesia 2025: Kecederaan Ligamen Lee Zii Jia Masih Belum Pulih
Keputusan ini dibuat selepas Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Malaysia 2025 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 7 hingga 12 Januari. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Team LZJ di media sosial pada Jumaat lalu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu memaklumkan bahawa beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan ligamen di bahagian buku lali kanan yang telah dialami LeeZii Jia semasa dia beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan yang lalu.
Menurut Team LZJ, keutamaan mereka buat masa sekarang adalah untuk memastikan Zii Jia pulih sepenuhnya sebelum kembali ke gelanggang dan mereka sangat menghargai semua sokongan peminat terhadap keputusan Lee Zii Jia.
Baca lagi | Lee Zii Jia Tersingkir Awal di Terbuka China 2024
Kesan kepada Kedudukan Ranking Dunia Lee Zii Jia
Pengunduran ini dijangka memberikan kesan kepada kedudukan Zii Jia dalam ranking dunia BWF, terutamanya apabila beliau kini memegang tangga keenam dunia. Dengan tidak menyertai tiga kejohanan berturut-turut, peluang beliau untuk mengumpul mata bagi mengekalkan kedudukan mungkin terjejas.
Namun, peminat badminton berharap keputusan ini akan memberikan masa yang mencukupi kepada Zii Jia untuk pulih sepenuhnya dan kembali dengan prestasi yang lebih cemerlang pada kejohanan-kejohanan mendatang.
Baca lagi | Lee Zii Jia Kembali Ke Tangga Ketiga Dunia Dalam Ranking BWF
Reaksi Peminat Badminton Mengenai Pengunduran Lee Zii Jia di Terbuka India dan Masters Indonesia 2025
Berita pengunduran Zii Jia daripada beberapa kejohanan utama ini mendapat reaksi pelbagai daripada peminat badminton tempatan dan antarabangsa. Ramai memberikan kata-kata semangat kepada pemain berusia 26 tahun itu agar terus fokus kepada proses pemulihannya.
Seorang peminat menulis di media sosial:
“Semoga Zii Jia cepat sembuh. Kami semua menunggu aksi hebat anda di gelanggang!”
Jadual Kejohanan Seterusnya
Setelah Masters Indonesia 2025, fokus utama Zii Jia dijangka tertumpu kepada kejohanan besar lain seperti All England 2025 yang akan berlangsung pada Mac depan. Kejohanan ini sering menjadi sasaran utama pemain badminton elit untuk mencatatkan nama dalam sejarah sukan.