The Malaysia Post

Konflik India-Pakistan Berisiko Jejas Keselamatan Makanan Global

Insiden berdarah di Pahalgam, Kashmir pada 22 April lalu yang telah meragut 26 nyawa punca perang yang tercetus di antara India dan Pakistan yang kini kembali menjadi perhatian dunia. Sejak itu, lebih 40 kematian direkodkan melibatkan serangan rentas sempadan, menjadikan situasi semakin genting dan membimbangkan masyarakat antarabangsa.

Menurut laporan penyelidikan oleh Universiti Colorado dan Universiti Rutgers yang diterbitkan dalam Science Advances pada tahun 2019, sebarang konflik ketenteraan antara kedua-dua negara berpotensi meningkat kepada penggunaan senjata nuklear, dengan kesan yang jauh lebih meluas daripada sempadan serantau.

Konflik Pakistan India: Potensi Perang Nuklear dan Bencana Iklim Global

Model simulasi dalam kajian tersebut menggambarkan kemungkinan senario di mana India dan Pakistan menggunakan masing-masing 100 hingga 150 senjata nuklear strategik. Jika ini berlaku, kesannya boleh menyebabkan antara 50 hingga 125 juta kematian serta memusnahkan pusat bandar utama dan infrastruktur asas seperti tenaga, kewangan dan pengangkutan.

Lebih membimbangkan, letupan nuklear ini berpotensi menghasilkan asap hitam pekat yang akan naik ke lapisan stratosfera, menyekat cahaya matahari dan menurunkan suhu global. Keadaan ini akan mengganggu sistem pertanian dunia secara drastik dan menyebabkan kemerosotan pengeluaran makanan global.

Pakar menjangkakan lebih dua bilion populasi dunia bakal terdedah kepada ancaman kebuluran sekiranya senario ini menjadi realiti.

Kesan Langsung Terhadap Pertanian dan Perdagangan Makanan Dunia

Konflik bersenjata di Asia Selatan turut memberi impak langsung kepada sektor pertanian, khususnya di wilayah Punjab yang membentang merentasi sempadan India dan Pakistan — kawasan yang menjadi nadi pengeluaran tanaman seperti gandum, padi dan kekacang.

Profesor Kehormat di Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Rutgers, Alan Robock menekankan bahawa sebarang gangguan terhadap musim penanaman dan penuaian akan menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan makanan.

Situasi kini dilihat semakin memburuk apabila India menggantung pelaksanaan Perjanjian Air Indus, mengakibatkan kebimbangan terhadap kekurangan sumber air di Pakistan, yang kritikal bagi pengairan dan ternakan.

Perpindahan penduduk akibat konflik pula dijangka menjejaskan ketersediaan tenaga kerja pertanian, seterusnya memperlambatkan proses penanaman dan pengeluaran makanan domestik.

Risiko Gangguan Perdagangan dan Bekalan Makanan Dunia

Dengan kedua-dua negara mungkin mengenakan sekatan eksport makanan untuk menjaga keperluan domestik masing-masing, ini boleh menjejaskan pasaran global secara langsung. Negara-negara seperti Asia Barat, Afrika Timur dan Asia Tenggara yang bergantung kepada import makanan dari rantau ini akan menjadi mangsa utama gangguan bekalan.

Kerosakan ke atas infrastruktur utama seperti lebuh raya, rel dan pelabuhan akibat konflik juga akan memperlahankan proses pengedaran makanan dan bahan keperluan.

Baca juga:

Konflik Pakistan India: Seruan Untuk Diplomasi dan Penguatkuasaan Kawalan Senjata

Penyelidik antarabangsa menegaskan pentingnya kerjasama global untuk mengelakkan senario ini menjadi kenyataan. Perjanjian yang ditemeterai seperti Treaty on the Prohibition of Nuclear Weapons (TPNW) yang mana telah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2017 menjadi langkah awal yang sangat penting ke arah dunia yang bebas daripada ancaman yang berpaksikan senjata nuklear.

Kajian tersebut juga menggesa agar diplomasi antarabangsa dipertingkatkan segera bagi mengurangkan ketegangan di rantau Asia Selatan sebelum konflik terus meruncing dan membawa bencana kemanusiaan serta iklim yang tidak terkawal.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Kes Simbah Asid Faisal Halim Diklasifikasikan Tiada Tindakan Lanjut

Read Next

Ini 13 Promosi Hari Ibu 2025 Yang Wajib Rebut Untuk Syurga Korang!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *