The Malaysia Post

Kempen Melawat Malaysia VM2020 dibatalkan

Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dibatalkan serta-merta berikutan impak penularan COVID-19 yang memberi kesan serta menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia dan dunia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia berkuatkuasa serta-merta. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengambil ketetapan pembatalan Kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020). 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri

Beliau berkata, susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan COVID-19, kementeriannya turut membekukan semua urusan kaunter dan perkhidmatan dalam talian bagi permohonan baru, pembaharuan lesen pengendalian pelancongan, pemandu pelancong, Institut Latihan Pelancongan dan pendaftaran penarafan premis penginapan pelancongan, spa dan pusat urutan kaki sehingga 31 Mac ini.

Katanya, sejajar pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan, semua premis penginapan pelancong masih dibenarkan beroperasi, namun secara minimum.

Kawasan tumpuan pelancong, Batu Caves.

“Semua tetamu premis penginapan pelancong hendaklah berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh berkenaan dan tempahan sajian hendaklah dibuat secara ‘room service’. Proses pendaftaran tetamu (check-in) ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah dibenarkan, tetapi dalam skala kecil dan dihadkan,” katanya.

Bagaimanapun, pelancong domestik baru yang ingin mendaftar masuk ke premis penginapan pelancong tidak dibenarkan.

VM2020 yang dilancarkan pada 31 Disember lalu menyasarkan ketibaan 30 juta pelancong dan RM100 bilion disumbangkan industri pelancongan.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Turki nafi negara dalam kecemasan di saat penularan wabak, data dedahkan sebaliknya

Read Next

Acara himpunan tabligh di Indonesia dibatalkan, semua peserta jalani kuarantin

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.