The Malaysia Post

Kemenangan calon BN bakal menunjukkan keupayaan PN tadbir negara

Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini bakal memberi isyarat kepada rakyat mengenai keupayaan Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan parti yang mampu bekerjasama menjayakan agenda kebajikan rakyat dan kemajuan negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PRK pada 4 Julai ini adalah pilihan raya pertama bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama PN.

Selaku Presiden BERSATU, beliau menyokong penuh calon yang diputuskan BN untuk bertanding pada PRK kali ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di laman Facebook BERSATU, hari ini.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis dengan pecahan jantina membabitkan 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan. DUN Chini, satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Bukit Aman membuat penyiasatan terhadap pengarang di sebalik buku politik kerana didakwa menghina lambang negara Malaysia

Read Next

Anwar – Saya tidak melakukan tawaran “pintu belakang”

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *