The Malaysia Post

Kehadiran bulan Ramadan berbeza, disambut di tengah pandemik COVID-19

Ketibaan bulan Ramadan kali ini sedikit berlainan berbanding sebelumnya. Bulan Ramadan tahun ini disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dalam suasana suram susulan dunia masih bergelut untuk bebas daripada cengkaman pandemik virus maut.

Jika tahun-tahun sebelum ini, keadaan di lebuh raya ketika ini sudah pasti penuh sesak dengan kenderaan warga kota yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut bulan Ramadan, namun kali ini keadaannya jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang.

Ini kerana tiada sebarang pergerakan rentas negeri dibenarkan dan orang ramai tidak boleh pulang ke kampung untuk menyambut puasa sepanjang tempoh PKP ini bagi menyekat penularan virus berbahaya itu. Bagaimanapun, mereka yang sebelum ini pulang ke kampung halaman sebelum tempoh PKP dikuatkuasakan dan kini ingin kembali ke rumah masing-masing diberi kelonggaran berbuat demikian.

691059

Kemeriahan ratusan bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka tidak lagi dirasai dengan ribuan pengunjung berpusu-pusu setiap petang. Ini selepas kerajaan membatalkan bazar Ramadan kerana kebimbangan terhadap penularan wabak akan lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, lokasi wajib kunjung untuk mendapatkan kelengkapan hari lebaran di ibu kota selain tempat tumpuan membeli-belah lain pasti lengang selepas kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana pertambahan mendadak kes COVID-19.

Tiada jugalah iftar atau aktiviti berbuka puasa bersama rakan-rakan, rakan asrama atau program iftar anjuran kolej atau universiti yang dapat dirasai untuk tahun ini. Tetapi setidak-tidaknya masih berpeluang berbuka puasa bersama keluarga di rumah, merasai masakan ibu yang sudah lama tidak dirasai kerana kejauhan.

Seperti tahun sebelum ini, setiap malam sepanjang Ramadan sudah pasti surau dan masjid dibanjiri umat Islam untuk menunaikan solat Tarawih berjemaah. Namun, itu tidak akan berlaku tahun ini apabila surau dan masjid ditutup ditutup untuk sementara waktu.

1024x567 bonus AP20111519134709

Tetapi, umat Islam digalakkan sebaiknya untuk beribadat dan solat tarawih berjemaah bersama keluarga di rumah, yang secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan yang selama ini mungkin agak renggang dek hambatan tugas harian masing-masing.

Baca Juga:  Cara Download Video Tiktok tanpa Watermark

Ketiadaan rutin utama sepanjang Ramadan ini adalah sesuatu yang perlu dilalui dengan tabah kerana kegagalan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan duduk di rumah pasti menyebabkan bencana lebih besar akan berlaku.

Rakyat Malaysia juga diingatkan terus mengurangkan pergerakan khususnya untuk pulang ke kampung sempena Ramadan kerana tidak mahu rantaian penyebaran merentasi sempadan negeri dan daerah.

Jadi teruslah bertahan, duduk diam-diam di rumah, kerana kita sudah hampir untuk mencapai kejayaan.

Anggaplah bulan Ramadan kali ini bukan sahaja perjuangan kita untuk menentang nafsu, lapar dan dahaga, tetapi juga perjuangan menentang virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa di seluruh dunia.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Di sebalik COVID-19, WHO beri amaran kematian malaria boleh berganda

Read Next

China kenakan langkah kuarantin ketat di Harbin selepas seorang pelajar dari New York menjangkiti 70 orang

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *