KWSP ni boleh diibaratkan macam universiti kewangan dalam hidup kita tempat kita ‘belajar’ simpan duit secara konsisten demi masa depan. Tapi bila tengok realiti sekarang, ramai rakyat Malaysia belum lulus pun peringkat ‘semester’ simpanan yang sepatutnya.
Dengan kos sara hidup makin tinggi dan umur makin panjang, soalan paling penting sekarang: “Cukup ke simpanan KWSP aku ikut umur?”
Sistem KWSP Baharu: Ada Tiga ‘Fakulti’ Utama Simpanan KWSP Perlu Anda Tahu
Bermula 2025, KWSP dah upgrade sistem. Tak ada lagi satu angka target je. Sekarang ada tiga tahap macam fakulti:
- Simpanan Asas (RM390,000 menjelang umur 60) – Untuk survive hidup lepas bersara.
- Simpanan Mencukupi (RM650,000) – Untuk hidup lebih selesa, especially kat bandar.
- Simpanan Dipertingkat (RM1.3 juta) – Untuk gaya hidup paling bebas dan stabil.
Umur 30: Masih Freshie, Tapi Kena Mulakan Langkah
Kalau umur anda sekitar 30 tahun, KWSP kata anda patut ada dalam:
- RM38,000 (Asas)
- RM47,500 (Mencukupi)
- RM85,400 (Dipertingkat)
Tak banyak lagi? Takpe, masih awal game! Yang penting, konsisten menyimpan dan jangan sesuka hati korek Akaun 2.
Umur 40: Masuk Tahun Kedua Pengajian, Dah Kena Serius Simpan KWSP
Bila dah masuk usia 40-an, ni kira macam tahun kedua belajar kat universiti kewangan KWSP. Target simpanan anda sepatutnya:
- RM107,000 (Asas)
- RM149,000 (Mencukupi)
- RM279,000 (Dipertingkat)
Kalau masih jauh dari angka tu, mungkin dulu pernah guna KWSP untuk beli rumah, bayar yuran anak, atau emergency. Tak salah, tapi sekarang masa untuk ‘catch up’ semula.
Umur 50: Final Year, Dah Nak Habis Belajar
Umur 50 ni dah kira tahap final year. Masa untuk siapkan ‘thesis kewangan’ sebelum graduation umur 60. Target simpanan:
- RM217,000 (Asas)
- RM339,000 (Mencukupi)
- RM652,000 (Dipertingkat)
Kalau anda ada plan nak bersara awal, tahap ni kena cukup mantap. Lagi-lagi kalau tinggal kat bandar kos hidup bukan main tinggi.
Umur 55: Praktikal Sem Terakhir, Masa Untuk Refleksi
Bila capai umur 55, KWSP benarkan pengeluaran penuh tapi hati-hati, jangan boros! Sasaran simpanan pada umur ni ialah:
- RM294,000 (Asas)
- RM476,000 (Mencukupi)
- RM935,000 (Dipertingkat)
Kalau belum cukup, jangan panik. Anda masih boleh kerja beberapa tahun lagi untuk top-up simpanan sebelum ‘konvo’ rasmi umur 60.
Umur 60: Graduation Day – Dah Siap Ke Semua?
Ini dia hari yang ditunggu. Hari ‘graduasi’ anda dari universiti kewangan KWSP. Target pada umur ni:
- RM390,000 (Asas)
- RM650,000 (Mencukupi)
- RM1.3 juta (Dipertingkat)
Nak tahu anda tergolong dalam kategori mana? Cuba semak balik akaun i-Akaun KWSP dan bandingkan.
Realitinya: Ramai Masih Tercicir KWSP
Kalau ikut data yang diikeluarkan, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang masih tak capai pun sasaran asas. Sebab utama? Ramai buat pengeluaran awal dari Akaun 2 walaupun benda tu penting, macam beli rumah atau bayar pengajian, ia tetap ‘mencuri masa depan’ kita.
Jadi, Macam Mana Nak Lulus Dengan Cemerlang?
Tips paling simple kalau boleh simpan 20%-30% dari pendapatan bulanan, buat je. Lagi-lagi untuk korang yang sekarang ni tengah berkecimpung dalam bidang freelance atau kerja gig, caruman sukarela macam i-Saraan tu sangat-sangat membantu.
Nak berjaya dalam ‘universiti KWSP’ ni, cuba:
- Elak korek Akaun 2 tanpa sebab yang betul-betul kukuh
- Buat caruman sendiri ikut kemampuan
- Guna kalkulator i-Akaun KWSP untuk tengok status simpanan
- Check kadar caruman majikan setiap kali tukar kerja
Tambah ‘Subjek’ Lain Untuk Gred Lebih Baik
Kalau nak capai tahap ‘mencukupi’ atau ‘dipertingkat’, KWSP saja mungkin tak cukup. Jadi, boleh consider tambah subjek:
- PRS (Skim Persaraan Swasta)
- ASB atau Tabung Haji
- Unit amanah, saham, atau hartanah
- Pendapatan pasif macam sewa rumah
Baca juga:
- Akses Simpanan Shariah KWSP Kini Lebih Pantas dan Fleksibel Mulai April 2025
- Tips Labur EPF Paling Mudah Guna Akaun 1 KWSP
Mula Simpan KWSP Dari Sekarang, Tak Kira Umur
Tak kisahlah anda masih freshie atau dah nak grad, perubahan kecil dari sekarang boleh bantu masa depan. KWSP ni bukan semata-mata potongan gaji dia adalah pelan masa depan kita.
Jadi, anda berada di semester berapa sekarang dalam ‘universiti kewangan KWSP’? Dah cukup simpanan ikut umur ke belum?