The Malaysia Post

James Maddison Mungkin Terlepas Aksi Separuh Akhir Kedua Liga Europa

James Maddison yang merupakan pemain tengah Tottenham Hotspur, berdepan risiko besar untuk terlepas aksi separuh akhir kedua Liga Europa menentang kelab Norway, Bodo/Glimt yang dijadual berlangsung awal pagi Jumaat ini di Norway.

Maddison mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan pertama minggu lalu yang menyaksikan Spurs meraih kemenangan 3-1 di Stadium Tottenham Hotspur. Pemain berusia 28 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada pertengahan separuh masa kedua dan keadaannya kini menimbulkan kebimbangan dalam kem pasukan.

Postecoglou Tidak Letak Harapan Tinggi Terhadap James Maddison

Selepas perlawanan dengan West Ham yang berakhir seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi, ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou mengakui bahawa keadaan James Maddison masih belum jelas dan dilihat kurang memberangsangkan.

“Nampak macam tak begitu bagus. Kami masih tunggu maklumat penuh daripada pasukan perubatan. Harap-harap ada berita baik esok (hari ini), tapi buat masa ni, saya tak berani nak janji apa-apa,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Solanke Tunjuk Perkembangan Positif

Dalam masa yang sama, Dominic Solanke yang turut dikeluarkan dalam perlawanan minggu lalu, dilihat mempunyai peluang cerah untuk kembali beraksi. Menurut Postecoglou, keadaan Solanke jauh lebih baik berbanding Maddison.

“Dom makin pulih. Kami rehatkan dia malam ni, tapi staf perubatan yakin dia boleh main hari Khamis ni,” jelas beliau lagi.

Baca juga:

Spurs Lakukan Rotasi Besar Untuk Fokus Liga Europa

Bagi memberi rehat kepada tonggak utama menjelang aksi penting di Norway, Postecoglou telah melakukan lapan pertukaran dalam kesebelasan utama ketika bertemu West Ham. Beliau tetap berpuas hati dengan komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh para pemain, meskipun telah melakukan banyak pertukaran dalam kesebelasan utama.

“Bukan senang nak ubah terlalu banyak dan harapkan rentak kekal. Tapi saya rasa pemain-pemain beri komitmen yang tinggi. Mereka kekal disiplin dan main tersusun walaupun bukan situasi terbaik.  

Cuma kami agak kecewa dengan gol yang dilepaskan. Tapi selain itu, kami berjaya kekang ancaman mereka dan saya rasa pasukan layak diberi pujian.”

Fokus Spurs Kini Beralih Ke Norway

Dengan kelebihan dua gol dari aksi pertama, Spurs berada dalam kedudukan selesa menjelang perlawanan timbal balik. Namun, kehilangan Maddison berpotensi menjejaskan kreativiti di bahagian tengah pasukan. Para penyokong kini menaruh harapan agar Maddison dapat pulih tepat pada waktunya untuk membantu misi mara ke final.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Edika Yusof & Isteri Sah Bercerai Talak Satu, Tamat Sudah 21 Tahun Bersama

Read Next

HONOR Lancar Siri HONOR 400 di Malaysia Buat Pertama Kali di Dunia

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *