The Malaysia Post

Ini 10 Supplement Untuk Kulit Cerah & Glowing

Nak kulit cerah, glowing dan tak kusam dah jadi impian ramai orang bukan sahaja wanita, tapi juga lelaki moden hari ini. Tak semua orang dilahirkan dengan kulit sempurna, tapi dengan supplement untuk kulit yang betul, penjagaan dalaman boleh jadi game changer dalam rutin kecantikan kita.

Dalam artikel ni, kita akan senaraikan 10 supplement untuk kulit yang bukan saja popular, tapi juga terbukti bantu menyerlahkan kulit dari dalam. Jangan risau, semua suplemen kulit ini sangat sesuai untuk anda yang sedang berdepan masalah kulit kusam, tona tak sekata, jeragat, jerawat, atau penuaan awal.

Dan paling best semua suplemen kulit ini boleh didapati di farmasi, Shopee atau Lazada. Tak perlu susah-susah pun!

Top 10 Supplement Untuk Kulit Cantik & Glowing

1. Swisse Beauty Collagen Glow with Collagen Peptides – Supplement Untuk Kulit Glowing

Supplement kulit ni memang power sebabnya ada peptida kolagen jenis I & III, vitamin C, dan ekstrak biji anggur. Kombinasi supplement kulit flawless semulajadi ini bantu kulit jadi lebih anjal, cerah, dan kurang kedutan. Senang cerita, Swisse Beauty Collagen Glow with Collagen Peptides kaya dengan kolagen untuk kulit glowing dan nampak muda!

Sesuai untuk: Mereka yang fokus anti-aging dan nak kulit lebih ‘bouncy’.

2. Blackmores Collagen 10,000mg

High strength! Suplemen kulit kering dan mengelupas ni datang dalam bentuk minuman, mudah telan dan ada rasa yang sedap. Diperkaya dengan vitamin E dan C, bantu rawat kulit dari dalam dan percepatkan regenerasi sel.

Dapatkan Blackmores Collagen 10,000mg suplemen kulit berseri dalam masa seminggu

Sesuai untuk: Yang nak kesan cepat dan kulit licin sekata.

3. Yukazan Vit Tomato+

Siapa sangka tomato pun boleh jadi ejen pencerah kulit? Suplemen anti penuaan terbaik ni tinggi dengan likopena dan vitamin C & E – semua bahan penting untuk kulit lebih cerah dan tona sekata.

Sesuai untuk: Mereka yang nak efek semula jadi, glowing pinkish dari dalam.

4. Kordel’s Glutathione Lyco Plus – Supplement Untuk Kulit Lebih Sekata

Dikenali sebagai ‘raja pencerahan kulit’, glutathione dalam produk suplemen kulit ni bantu detox toksin manakala likopena protect kulit daripada sinaran UV.

Sesuai untuk: Yang selalu berjemur dan nak skin tone lebih sekata.

5. Nutrivo Pearl Coix Collagen

Nutrivo Pearl Coix Collagen terdiri daripada gabungan kolagen dan ekstrak pearl coix. Ia membantu kecilkan liang pori, licinkan tekstur kulit dan hasilkan kesan ‘glass skin’ macam orang Korea.

Sesuai untuk: Mereka yang ada masalah pori besar dan kulit kasar.

6. Nature’s Way Collagen Gummies 5000mg

Siapa kata supplement kena membosankan? Pil kolagen paling berkesan ni sangat fun, sedap dan mudah. Sesuai untuk remaja yang baru nak start jaga kulit.

Sesuai untuk: Beginners & mereka yang susah nak telan tablet.

7. Purest Co Marine Collagen Peptides – Supplement untuk Kulit Sihat Menyeluruh

Kolagen dari ikan laut dalam ni cepat diserap tubuh, dan tak ada bahan tambahan pelik. Supplement untuk kulit ni boleh di campur di dalam kopi atau air jus harian.

Sesuai untuk: Yang nak kulit glowing, kuku kuat & rambut tak gugur.

8. VitaHealth L-Glutathione Plus

Kandungan L-Glutathione, vitamin C, grape seed dan alpha lipoic acid – semua ni bantu cerahkan dan detox kulit dari dalam secara selamat.

Sesuai untuk: Mereka yang ada jeragat, kulit gelap atau kusam.

9. Kinohimitsu Collagen Beauty

Jenama popular di Asia! Suplemen untuk kulit kusam ni mengandungi 2500mg kolagen dan sangat ideal untuk wanita berusia 25 tahun ke atas.

Sesuai untuk: Yang mula risau tentang garis halus dan penuaan awal.

10. Keyyes 5000mg Collagen Vanilla + MCT Oil

Kombinasi kolagen + MCT Oil bantu beri tenaga, bakar lemak dan cantikkan kulit. Bau vanilla dia pun best gila!

Sesuai untuk: Wanita aktif, multitasking & suka gaya hidup sihat.

Baca juga:

FAQ: Soalan Lazim Tentang Supplement untuk Kulit

#1. Perlu ke makan supplement kulit setiap hari?

Ya, kalau nak kesan yang konsisten. Tapi pastikan ikut dos yang disyorkan.

#2. Selamat ke untuk remaja ambil supplement ni?

Boleh, tapi pilih produk yang sesuai untuk umur seperti gummies atau dos rendah.

#3. Berapa lama nak nampak kesan?

Biasanya 1–3 bulan, bergantung kepada jenis kulit dan gaya hidup.

#4. Boleh campur dua jenis supplement? 

Boleh, tapi pastikan bahan tak bertindih. Elakkan overdose vitamin C misalnya.

#5. Supplement je cukup ke untuk cantik?

Tak cukup! Kena jaga skincare, tidur cukup, minum air banyak & elak stress.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Pendakwaan Kes Zara Qairina: Seksyen 507C(1) atau Seksyen 507D(2)?

Read Next

Kes Buli Zara Qairina: Lima Remaja Didakwa Hari Ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *