Dalam satu pengakuan berani yang mengundang perhatian ramai, seorang personaliti media sosial terkenal Indonesia, Lina Mukherjee, tampil secara terbuka mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil enam minggu hasil daripada hubungan percintaan bersama pasangannya, Luca Spiteri, seorang jejaka berbangsa asing.
Pernah Disyaki Mandul, Influencer Indonesia Lina Mukherjee Umum Hamil Anak Luar Nikah
Pengumuman tersebut dibuat menerusi saluran YouTube peribadinya, di mana Lina menyatakan rasa syukur dan kegembiraannya sebaik sahaja dimaklumkan tentang kehamilan itu oleh doktor.
“Saya tidak malu. Saya sudah berumur 35 tahun dan tidak menyangka boleh hamil kerana sebelum ini pernah disyaki mandul. Ini adalah rezeki daripada Tuhan,” ujarnya penuh emosi.
Lina Mukherjee Tak Malu Hamil Anak Luar Nikah: “Saya Tahu Siapa Bapanya”
Dalam video yang sama, Lina menolak sekeras-kerasnya tanggapan masyarakat bahawa beliau seorang wanita yang tidak bermoral. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa hubungan yang dijalinkan bersama Luca adalah hubungan yang serius dan bukan sekadar perkenalan singkat.
“Saya bukan wanita nakal. Saya tidak bertukar pasangan sesuka hati. Malah, saya pernah menjalinkan hubungan selama lima tahun dengan seseorang sebelum ini,” katanya sambil menegaskan bahawa beliau tahu siapa bapa kepada anak yang dikandungkan.
Baca juga:
- Fara Salleh Harap Shuk Sahar Beri Kerjasama Urus Nikah & Cerai
- Akaun Media Sosial Pempengaruh China Kena ‘Banned’ Selepas Kantoi Menyamar Sebagai Isteri Diraja Dubai
Walau Hamil Anak Luar Nikah, Influencer Indonesia Lina Mukherjee Yakin Mampu Bina Masa Depan Lebih Baik
Meskipun kehamilan ini berlaku di luar ikatan perkahwinan, Lina memilih untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyambutnya dengan hati terbuka. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk membina kehidupan yang lebih baik, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk anak yang bakal dilahirkan.
“Saya percaya setiap anak itu membawa rezeki. Tidak semua orang diberi peluang ini. Walaupun kehamilan ini mengejutkan, saya bersyukur kerana diberi peluang menjadi seorang ibu.”
Kenyataan Lina mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji keberaniannya bersikap jujur, manakala tidak kurang juga yang memberikan kritikan keras atas tindakan tersebut.
Namun begitu, Lina tetap teguh dengan pendiriannya bahawa kehamilan ini bukanlah sesuatu yang harus dimalukan, bahkan ia adalah satu bentuk keajaiban dan peluang untuk memperbaiki kehidupan