The Malaysia Post

Fasa teknologi baharu selepas krisis COVID-19

Ramai berpendapat krisis COVID-19 bakal mengheret dunia ke arah deglobalisasi. Ketakutan masyarakat diandaikan akan membawa pentadbir negara untuk lebih berhati-hati dalam membuka pintu sempadan dan amalan pasaran bebas. Negara akan lebih menumpukan untuk meningkatkan hasil tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.

Namun, kemungkinan globalisasi akan melangkah ke fasa baharu, dimana penggunaan teknologi akan dimaksimakan bagi meminimakan hubungan secara antara manusia dengan manusia.

Teknologi robotik akan digunakan bagi menggantikan peranan manusia dalam sesuatu perkhidmatan. Kecerdasan buatan (Artificial intelligence) akan mengambil alih kecerdasan manusia (authentic intelligence). Produk, jentera dan mesin berasaskan Internet of Things (IoT) akan membanjiri pasaran perkhidmatan, barangan malahan kerjaya.

Negara yang dijangka akan Berjaya membebaskan diri daripada virus maut ini tentulah negara China. Dan, mereka juga negara yang akan paling terkehadapan dari sudut Revolusi Industri (IR4.0). Teknologi 5G yang dikatakan sebagai sistem IT terkini diterajui oleh Huawei dan ZTE adalah teknologi yang dihasilkan daripada China.

https s3 ap northeast 1.amazonaws.com psh ex ftnikkei 3937bb4 images 7 5 4 8 18338457 4 eng GB TX5603P062618設備投資調査しかけ)ドコモの5Gの基地局20181210134510712 Data cropped

Negara-negara barat juga bakal bersaing bagi mempercepatkan penerimaan terhadap teknologi 5G. Kemungkinan, sekiranya krisis pandemik berakhir, masing-masing akan segera mewujudkan pembinaan infrastruktur dan fasiliti bagi mewujudkan 5G.

Bukan sahaja teknologi 5G, malahan banyak lagi teknologi daripada China yang akan diterima secara global selepas pandemik ini. Sistem pengawasan massa (mass surveillance) yang menggunakan teknologi pengecaman individu antara yang terkehadapan dalam mengawal manusia secara lebih efektif.

Sistem pengangkutan China yang dikenali sebagai Belt and Road Initiative (BRI) juga mungkin akan dipercepatkan. Ianya lebih menjimatkan kos dan mengurangkan penggunaan sumber petroleum yang menerima tempias terbesar COVID-19 sekarang. Penglibatan manusia juga lebih minima jika dibandingkan dengan pengendalian dan penyelenggaraan pesawat mahupun pengangkutan darat biasa.

Baca Juga:  Pelajar Malaysia di Universiti Oxford antara yang terlibat cipta kit ujian COVID-19

Setiap umat manusia perlu bersedia dengan fenomena teknologi moden yang bakal menjelang tiba. Teknologi boleh digunakan secara betul sekiranya digunakan dengan sebaiknya, tetapi jika terlampau terjerumus hanyut dengan keduniaan ini pasti akan merosakkan masyarakat dunia.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Pandemik COVID-19 hasilkan sejumlah besar sisa buangan klinikal di seluruh dunia, termasuk Malaysia

Read Next

8 rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Delhi, disyaki peserta acara Tablighi Jamaat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *