Pada 29 November 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan program eMadani sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2024 di Dewan Negara. Program ini, yang tercetus di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat,’ bertujuan meningkatkan transaksi tanpa tunai dan meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.
Syarat Kelayakan Kredit e-Wallet RM100 eMadani
1. Warganegara Malaysia
Untuk layak menerima kredit e-Wallet eMadani RM100, anda perlu menjadi warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023, juga layak untuk mohon.
3. Pendapatan Tahunan
Mempunyai pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sehingga 15 Julai 2023.
Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan
- Tempoh untuk Tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
- Tempoh Perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024
Cara Permohonan & Penebusan eMadani
Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet RM100 eMadani akan dibuka dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Pengguna boleh menebus kredit melalui empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih, iaitu MAE, ShopeePay, Setel, dan Touch n Go. Tawaran e-kredit ini hanya boleh digunakan secara fizikal sehingga 29 Februari 2024.
Baca lagi | Pakej 5G Rahmah: Merapatkan Jurang Digital untuk Golongan B40 dengan 7 Fakta Hebat Ini
Cara Verifikasi Identiti
Proses verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda perlu dilakukan sebelum memohon kredit eMadani. Pengguna boleh ikuti langkah-langkah di aplikasi e-dompet masing-masing untuk melengkapkan proses ini.
Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit eMADANI?
Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMadani untuk pembelian fizikal di 1.8 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan anda. Namun, terdapat beberapa pengecualian seperti pemindahan ‘peer-to-peer,’ penebusan tunai, bayaran bil utiliti terintegrasi, dan transaksi dalam talian.
4 Penyedia e-Wallet eMadani RM100
- Touch ‘n Go eWallet
- Setel
- MAE
- ShopeePay
Dengan program eMadani ini, diharapkan lebih 10 juta rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat transaksi tanpa tunai dan meringankan beban kewangan. Bagi yang layak, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan menuntut kredit e-Wallet RM100 ini sebelum 20 Februari 2024.