Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika Pakatan Harapan memutuskan untuk menyokong semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kelapan semasa pergolakan politik baru-baru ini.
Ketika itu, Pakatan Harapan telah membatalkan cadangan sebelumnya untuk mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan Perdana Menteri.
Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Parti Amanah Negara dan beberapa pihak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah datang menemui Dr Mahathir untuk mendapatkan kelulusan beliau bagi mencalonkan dirinya semula. Semasa pertemuan tersebut, Anwar mencadangkan namanya sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi Dr Mahathir merasakan masa tidak sesuai.
Dr Mahathir berkata, Anwar agak bersungguh-sungguh untuk jawatan itu tetapi beliau memutuskan untuk menolak permintaan itu tetapi memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dakwanya, ini kerana terdapat maklum balas daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati untuk melantik Anwar, salah satu Presiden PKR itu kekurangan ketrampilan dalam kepimpinan.
“Anwar lebih sesuai berpolitik berbanding mentadbir,” katanya.
Mengulas mengenai Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan, Dr Mahathir berkata, Perdana Menteri itu kini terikat kerana bekerjasama dengan parti-parti yang mempunyai reputasi teguh.
“Muhyiddin sedang menunggang harimau. Sekiranya beliau melepaskan-nya, dia mungkin akan dibaham, jadi dia harus terus menungganginya, tidak kira walaupun tidak selesa,” katanya.
Mengenai cadangan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk mengharam-kan UMNO kerana melakukan penyelewengan dalam pentadbirannya, Dr Mahathir berkata, terdapat perbincangan mengenai perkara itu tetapi Muhyiddin membantah larangan itu.
Tambahnya, krisis politik berlaku disebabkan dua – iaitu ketidaksabaran Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri selepas menyedari UMNO memberinya peluang dan pendirian Pakatan Harapan yang ragu-ragu terhadap cadangannya untuk kerajaan perpaduan negara.