Novel koronavirus telah meragut banyak nyawa, dan pada masa, ia juga menjadi penyebab manusia menunjukkan sikap pentingkan diri dan sisi jelik mereka. Yang terbaru, satu video mengejutkan dari China mengenai seorang wanita yang menikam dua orang pelanggan lain setelah bergaduh berebut sebuah botol antiseptik yang terakhir di sebuah pasar raya.
Antiseptik mendapat permintaan ramai sejak negara itu sejak tercetusnya penularan wabak COVID-19.
Dalam klip itu, wanita berkenaan dikatakan menikam dua pelanggan lain termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah pasar raya semata-mata sebotol antispetik itu.
Klip video kejadian itu dikongsikan oleh Wu Lebao di akaun Twitternya. Turut disiarkan dalam video itu keluarga mangsa yang menjerit dengan kesan darah di atas lantai premis pasar raya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian.
Dalam tweet terbaharunya, Wu memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa yang cedera berjaya diselamatkan dan suspek kini ditahan.
Dalam perkembangan terbaru, kematian yang dicatatkan akibat wabak koronavirus telah mencapai 1,115 kes dengan 97 tambahan kematian baru direkodkan. Pada masa sama, kes koronavirus yang telah dipastikan di China sahaja dalam jumlah 44,653 seperti yang diberitahu Pertubuhan Kesihatan Nasional.