The Malaysia Post

Cold Violence Dalam Hubungan, Ini 5 Tanda Ramai Tak Sedar!

Dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita penceraian komposer terkenal Sharon Paul dan pelakon Rusdi Ramli. Bukan sebab skandal, bukan juga kerana orang ketiga akan tetapi kerana satu bentuk penderaan rumah tangga yang ramai tak sedar iaitu cold violence atau penderaan emosi secara senyap. Eh, macam mana tu?

Sharon sendiri mengakui yang dia terpaksa failkan penceraian kerana tak tahan lagi hidup dalam hubungan yang kosong, dingin dan menyakitkan jiwa. Apa sebenarnya cold violence ni? Kenapa ramai pasangan masih ‘terperangkap’ walaupun tak pernah ada tangan yang naik?

Apa Itu Cold Violence?

Cold violence ni bukannya tampar, pukul atau jerit. Ia lebih kepada senjata sunyi yang boleh memusnahkan perasaan, harga diri dan jiwa seseorang. Ia sangat halus dan kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kita sedang didera secara emosi.

Menurut peguam syarie, Tuan Hafiz Roslan, cold violence sering berlaku dalam rumah tangga tapi ramai pasangan memilih untuk berdiam diri, mungkin sebab malu, takut, atau tak tahu itu sebenarnya satu bentuk penderaan.

5 Tanda Anda Sedang Berdepan Cold Violence atau Penderaan Emosi Dalam Hubungan

1. Silent Treatment / Layanan Dingin

Kalau pasangan anda suka mendiamkan diri tanpa sebab, sengaja tak bercakap selama berhari-hari, itu bukan cara menyelesaikan masalah. Itu hukuman emosi. Lama-lama, anda akan rasa macam bercakap dengan dinding.

2. Terasing Dalam Rumah Sendiri

Perasaan paling sakit bila ada pasangan, tapi rasa macam duduk dengan orang asing. Tak ada komunikasi, tak ada pelukan, tak ada sokongan. Hanya diam dan sunyi yang memedihkan.

3. Sindiran Yang Melemahkan

Mungkin dia tak jerit, tapi kata-kata dia menikam. “Awak ni memang tak pernah cukup bagus”, “Kenapa awak selalu macam tu?”, dan sebagainya, semuanya bunyi macam biasa, tapi sebenarnya boleh merosakkan keyakinan diri.

4. Buat Kita Rasa Salah Sepanjang Masa

Pasangan jenis ni pandai sangat main psikologi. Walaupun dia yang salah, kita yang akhirnya rasa bersalah. Dia ‘twist’ cerita sampai kita sendiri tak tahu kenapa kita minta maaf.

5. Kritik Tanpa Sokongan

Kalau kita buat salah, dia kritik. Tapi bila kita buat betul, dia senyap. Bila kena kritik, tiada peluk atau kata-kata semangat. Hanya kutukan dan sindiran berterusan. Lama-lama, semangat pun luntur.

Kenapa Cold Violence Bahaya Dalam Perkahwinan?

Sebab ia tak nampak. Tapi kesannya sangat mendalam. Ramai yang alami kemurungan, trauma, rasa tak berharga, sampai hilang identiti diri. Lebih menyedihkan, ramai yang terus ‘bertahan’ demi anak, keluarga, atau takut dicemuh masyarakat.

Tapi percayalah, kebahagiaan dan kesihatan mental anda lebih penting. Kalau pasangan tak mahu berubah walau dah berbincang dan cuba perbaiki, mungkin dah sampai masa untuk buat keputusan yang lebih besar demi diri sendiri.

Baca juga:

Apa Yang Anda Boleh Buat untuk Atasi Cold Violenc Dalam Hubungan?

  • Ceritakan pada orang yang anda percaya. Jangan simpan semua sendiri.
  • Dapatkan bantuan profesional, seperti kaunselor perkahwinan atau psikologis.
  • Rujuk peguam syarie untuk tahu apakah hak anda ada, termaktub dalam undang-undang.
  • Kumpul bukti jika berlaku gangguan emosi berpanjangan.

Jangan biarkan diri anda terus terperangkap dalam hubungan yang memudaratkan mental dan emosi. Anda berhak untuk bahagia, dihargai dan dicintai dengan cara yang sihat.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Proton R3 Motorsports Kini Tinggal Kenangan?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *