The Malaysia Post

Cik Epal Kritik Jofliam Guna Gelaran ‘Chef’ Tanpa Kelayakan

KUALA LUMPUR – Nama personaliti media sosial, Cik Epal kembali mencuri perhatian warganet apabila memberi reaksi lantang terhadap tindakan bekas suaminya, Jofliam, yang menggelarkan dirinya sebagai “chef” dalam sebuah hantaran Instagram baru-baru ini.

Perkara tersebut mula tular apabila seorang pengguna platform Threads memuat naik tangkap layar Instagram Story Jofliam yang menunjukkan beliau sedang menyediakan doh pizza, sambil menyebut dirinya sebagai seorang “chef”. Tindakan itu segera mencetuskan perdebatan, termasuk komen sinis dari individu terbabit yang turut membandingkan situasi itu dengan kisah perjalanan Chef Dave – seorang cef bertauliah yang mempunyai latar belakang kulinari dan latihan profesional.

Cik Epal Bersetuju: “Tak Boleh Suka Hati Guna Gelaran Chef”

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud, dilihat menyatakan sokongan terhadap kritikan tersebut menerusi satu komen balas yang kemudiannya tular di kalangan pengguna media sosial. Beliau menegaskan bahawa bekas suaminya tidak mempunyai kelayakan mahupun latar belakang formal dalam bidang masakan untuk meletakkan gelaran “chef” pada namanya.

Kenyataan Cik Epal turut disambut dengan pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang menyokong pandangannya, manakala tidak kurang juga yang menganggap perkara itu sebagai perbalahan peribadi yang tidak wajar diperbesarkan secara umum.

Baca lagi | Bekas Suami Cik Epal, Jofliam Kantoi Bersama Dewi?

Kontroversi Pizza Wagyu Jofliam: Kualiti Dipertikaikan

Insiden ini berlaku susulan kontroversi sebelum ini yang membabitkan hidangan pizza wagyu yang dihidangkan semasa majlis rumah terbuka serta sambutan perkahwinan Jofliam bersama isterinya, Emira Delyati Dewi.

Dalam acara tersebut, Jofliam menawarkan 300 pizza wagyu secara percuma kepada tetamu sebagai tanda meraikan perkahwinannya. Namun, segelintir tetamu meluahkan kekecewaan terhadap kualiti makanan yang disediakan. Ada yang mendakwa pizza yang diterima hangus dan tidak seperti yang dipaparkan atau dijual sebelum ini oleh usahawan berkenaan.

Baca lagi | Match Made in Hell? Sindiran Tajam Cik Epal Kepada Jofliam & Dewi

Beberapa komen dari tetamu menyatakan bahawa bahagian atas pizza kelihatan hitam dan kurang menyelerakan, lantas menimbulkan persoalan terhadap tahap kemahiran Jofliam dalam bidang masakan.

Isu Gelaran “Chef” Perlu Diberi Perhatian?

Dalam industri kulinari profesional, gelaran “chef” lazimnya merujuk kepada individu yang mempunyai latihan formal, pengalaman bertahun-tahun di dapur profesional, dan diiktiraf melalui institusi tertentu. Justeru itu, sesetengah pihak menganggap penggunaan gelaran tersebut secara sembarangan boleh merendahkan nilai dan kredibiliti profesion tersebut.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

4 Fakta Menarik Kejayaan Aaron Chia-Wooi Yik Di BAC 2025

Read Next

WHO Dedah Israel Bedil Hospital di Gaza

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *