The Malaysia Post

China reka robot untuk basmi Covid-19

Penyelidik di China telah membangunkan penyembur robotik yang boleh membantu mengurangkan penghantaran COVID-19 (koronavirus) di kawasan bandar yang padat penduduk.

Mesin semburan itu dilengkapi dengan lingkaran besi bergerigi (caterpillar tracks), digunakan untuk penyemburan pertanian pada masa lalu.

Penyelidik dari Universiti Soochow di Wilayah Jiangsu Timur China telah mengubah sistem penyemburannya, menjadikannya lebih sesuai untuk cecair pembasmi kuman .

“Kami telah bereksperimen dengan semburan basmi kuman, yang membuktikan bahawa kandungan klorin di udara meningkat dan kadar transmisi aerosol berkurang,” kata Geng Changxing, ahli pasukan penyelidikan.

Penyembur robotik boleh dikendalikan dari jauh. Jarak alat kendalian semburan boleh mencapai 30 meter.

Menurut penyelidik, robot itu boleh berjalan hingga 7km sejam, membunuh virus itu di kawasan lebih dari 40,000 meter persegi.

Ia cukup kecil untuk bergerak ke kawasan kediaman, stesen bas, tapak pembinaan dan garaj tempat letak kereta bawah tanah.

Robot penyembur ini telah digunakan di beberapa kawasan bandar di bandar Suzhou.

Ia akan digunakan di lebih banyak sekolah dan komuniti tempatan, kata para penyelidik.


About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

PAS teguh bawa usul undi percaya pada PM di Dewan Rakyat

Read Next

Bot ditahan cuba seludup bahan terkawal, dua diberkas

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *