The Malaysia Post

Belum Sedia Gantung Kasut, Cristiano Ronaldo Sasar Kasut Emas dan Trofi Piala Dunia 2026

Cristiano Ronaldo, ikon bola sepak dunia dan lagenda Portugal, kini dilaporkan sedang menumpukan seluruh tenaganya untuk menyempurnakan misi terakhir dalam karier gemilangnya menjuarai Piala Dunia 2026 dan memburu anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut.

Walaupun sudah berusia 40 tahun, namun ketangkasan, disiplin serta keazaman tinggi Ronaldo membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang dan menurut pelbagai sumber, Ronaldo dijangka akan membuat penampilan keenam dalam kejohanan akhir Piala Dunia FIFA. Hal ini membuatkan Ronaldo sekali gus mencipta rekod sebagai antara pemain dengan penyertaan terbanyak sepanjang sejarah pertandingan.

Rekod Demi Rekod: Pencapaian Luar Biasa Cristiano Ronaldo

Setakat rekodkini, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 138 gol dalam 221 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal. Ia merupakan satu angka yang meletakkannya sebagai penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman.

Walaupun telah berjaya membawa pulang trofi UEFA Euro 2016 dan dua gelaran Liga Negara-Negara Eropah, satu trofi berprestij yang masih belum berjaya dimilikinya ialah Piala Dunia FIFA, matlamat utama yang kini menjadi fokus tunggalnya sebelum menggantung but.

Ronaldo, yang baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun bersama kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, dilaporkan masih mengekalkan kecergasan luar biasa dan prestasi konsisten, sekali gus menolak sebarang spekulasi mengenai persaraannya dalam masa terdekat.

Mencontohi Gaya Messi, Cristiano Ronaldo Fokus Kepada Penyudah Tajam

Pemerhati bola sepak antarabangsa melihat satu perubahan ketara dalam gaya permainan Ronaldo yang kini lebih mirip kepada pendekatan Lionel Messi seteru tradisionalnya. Jika sebelum ini Ronaldo dikenali dengan kepantasan dan larian luar biasa, kini beliau dilihat lebih bijak mengatur pergerakan di dalam kotak penalti, menumpukan sepenuhnya kepada penyudah klinikal dan kedudukan strategik.

Bekas penyerang England, Emile Heskey, turut menyatakan bahawa impian Ronaldo untuk menambah koleksi rekod peribadi bukan satu perkara mustahil, malah beliau yakin pemain itu masih berupaya bersinar di Piala Dunia 2026.

“Sasaran utamanya kini adalah untuk memecahkan rekod demi rekod. Dia mungkin tidak lagi bergerak sejauh padang seperti dahulu, tetapi nalurinya di dalam kotak penalti masih mengagumkan. Rakan sepasukannya akan mencari ruang untuk menghantar bola kepadanya, dan saya percaya dia masih mampu menjaringkan gol penting,” ujar Heskey.

Baca juga:

Matlamat 1,000 Gol: Misi Peribadi Cristiano Ronaldo

Dalam beberapa kenyataan media sebelum ini, Ronaldo secara terbuka menyatakan aspirasinya untuk mencapai 1,000 gol sepanjang karier profesionalnya sebelum bersara daripada bola sepak. Gabungan aksi bersama Portugal dan Al-Nassr dilihat mampu membantu beliau mencapai sasaran tersebut, terutama dengan gaya hidup profesional serta regimen latihan ketat yang diamalkannya sejak awal kerjaya.

Ronaldo turut menjadikan aspek kecergasan fizikal dan mental sebagai komponen utama dalam mengekalkan prestasi tinggi, sekaligus membuktikan bahawa beliau masih setaraf malah mengatasi ramai pemain muda di arena bola sepak antarabangsa.

Tatkala Piala Dunia 2026 menghampiri, dunia sedang menyaksikan detik-detik terakhir karier seorang lagenda hidup. Jika berjaya menjulang trofi tersebut, Ronaldo bukan sahaja akan melengkapkan koleksi kejuaraan tertinggi dalam dunia bola sepak, tetapi turut meninggalkan satu legasi abadi sebagai pemain paling berjaya dalam sejarah moden bola sepak.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

PU Syed Kecam Remaja Dedah Aib Dalam Trend S-Line

Read Next

Anwar Ibrahim Umum 5 Inisiatif Rakyat Termasuk Bantuan SARA RM100

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *