The Malaysia Post

Australia Berminat Sertai ASEAN Championship

Australia sekali lagi menyatakan minat untuk menyertai kejohanan bola sepak ASEAN Championship, dengan pengendali pasukan kebangsaan, Tony Popovic, menyuarakan sokongan terhadap idea tersebut. Beliau percaya bahawa penyertaan dalam kejohanan itu dapat memberikan manfaat besar kepada pasukan The Socceroos, terutama dari segi pengalaman dan peningkatan prestasi di pentas antarabangsa.

Tony Popovic Sokong Penyertaan Australia dalam ASEAN Championship

Tony Popovic, yang juga merupakan legenda bekas pemain Crystal Palace, menegaskan bahawa menyertai kejohanan ini mampu memberikan pendedahan tambahan kepada pemain-pemain Australia. Walau bagaimanapun, beliau turut mengakui terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum impian ini dapat direalisasikan. Salah satu cabaran utama ialah isu logistik, memandangkan ASEAN Championship diadakan di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut Popovic, perlawanan tambahan seperti ASEAN Championship amat penting untuk perkembangan pasukan. Beliau menyatakan dengan ebih banyak perlawanan untuk The Socceroos, ia bakal menjadi lebih baik. Namun, beliau tidak pasti bagaimana cara terbaik untuk melaraskannya dengan jadual liga tempatan bagi membantu perkembangan pemain-pemain muda.

Baca lagi | Sharnaaz Ahmad Kini Pemilik Carabat FC, Kelab Bola Sepak Terbaru di Malaysia

ASEAN Championship Baik untuk Pembangunan Bola Sepak Australia

Beliau juga memberi perhatian kepada kepentingan pendedahan antarabangsa untuk pasukan-pasukan remaja seperti skuad bawah 17 tahun (B-17), bawah 20 tahun (B-20), dan bawah 23 tahun (B-23). Menurut Popovic, pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak boleh diperoleh hanya melalui latihan domestik.

Sejak Australia menyertai Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun 2006, negara tersebut telah menjadi sebahagian daripada struktur bola sepak Asia Tenggara. Namun, Australia masih belum menyertai ASEAN Championship kerana kekangan tertentu yang perlu dipatuhi sebagai ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Idea untuk Australia menyertai ASEAN Championship bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, bekas jurulatih Australia, Graham Arnold, turut menyatakan sokongan terhadap cadangan ini. Pandangan ini menunjukkan bahawa Australia mengiktiraf potensi kejohanan tersebut dalam meningkatkan kemampuan pasukan mereka di pelbagai peringkat.

Baca lagi | Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Jemputan Malaysia-China Bawah 12 Tahun: Enam Pasukan Cilik Bakal Berentap

Kesan Penyertaan Australia Terhadap ASEAN Championship

Penyertaan Australia dalam ASEAN Championship berpotensi untuk membawa dinamika baharu kepada kejohanan itu. Kehadiran pasukan gergasi seperti The Socceroos bukan sahaja akan meningkatkan kualiti persaingan tetapi juga menarik lebih banyak perhatian terhadap bola sepak di rantau ASEAN. Namun, kejayaan pelaksanaan idea ini masih bergantung kepada kemampuan Australia untuk mengatasi cabaran logistik dan jadual yang kompleks.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Along Cham Sahkan Cerai Taklik di Mahkamah Syariah Hari Ini

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.