Dunia fesyen tempatan sekali lagi menjadi perhatian apabila pemilik jenama Elrah Exclusive, El Azman, tampil membalas dakwaan Tyra Kamaruzzaman yang menuduhnya meniru reka bentuk kain samping suaminya, Emran Rijal.
Dalam kenyataan yang dimuat naik ke Instagram, El Azman menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa reka bentuk tersebut bukan hak milik eksklusif sesiapa. Tegasnya, corak keris yang menjadi isu utama telah digunakan dalam pelbagai busana tradisional sejak sekian lama dan bukanlah hak cipta individu atau keluarga tertentu.
Asyraf Khalid Masuk Campur Isu El Azman Ciplak Samping Motif Keris Suami Tyra Kamaruzzaman?
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai bukan hanya penjelasan El Azman, tetapi komen daripada Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.
Dalam ruangan komen Instagram El Azman, Asyraf dilihat melontarkan kata sinis apabila meninggalkan komen bahawa hanya keluarga Tyra Kamaruzzaman yang boleh menggunakan design tersebut.
Komen tersebut seolah-olah menyindir kenyataan yang dibuat oleh Tyra dan suaminya, sekaligus memperlihatkan bahawa Asyraf berada di pihak El Azman dalam isu ini.
Baca lagi | Netizen Bengang Tya dan Asyraf Campur Tangan Isu Fazura dan Fattah
Tidak lama selepas itu, komen tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk yang mempertikaikan tindakan Asyraf mencampuri isu tersebut memandangkan Tyra sebelum ini pernah rapat dengan keluarganya.
Tindakan Asyraf Khalid ini mengundang perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang menyokong kenyataannya, namun tidak kurang juga yang mengecam sikapnya kerana dianggap tidak sensitif terhadap situasi.
Sebahagian netizen berpandangan bahawa Asyraf sekadar menyatakan fakta yang logik dan membangkitkan persoalan yang relevan mengenai hak reka bentuk sesuatu motif tradisional.
Namun, ada juga yang mengkritik tindakan Asyraf, mengatakan bahawa dia tidak sepatutnya mencampuri isu ini memandangkan Tyra pernah menjadi sebahagian daripada keluarganya sebelum ini.
Baca lagi | “Jumpa Nanti Arif Aiman”: Pemain JDT Bakal Jadi Model Baju Melayu Eksklusif?
Siapa Yang Betul Dalam Isu Ciplak Samping Motif Keris Ini?
Sehingga kini, baik Tyra Kamaruzzaman mahupun Emran Rijal masih belum memberi sebarang respons terhadap komen Asyraf Khalid. Walau bagaimanapun, isu ini terus menjadi perbualan hangat di media sosial dengan netizen berpecah kepada dua kem – penyokong El Azman dan penyokong Tyra.
Dalam industri fesyen, isu hak reka bentuk sering menjadi topik yang sensitif. Namun, ramai yang berpendapat bahawa corak tradisional tidak boleh dimonopoli oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi jika ia telah digunakan secara meluas sejak turun-temurun.
Apa pun, sama ada komen Asyraf Khalid hanya sekadar pertanyaan spontan atau sindiran sinis, ia sudah cukup untuk mencetuskan perdebatan panas di kalangan peminat industri fesyen tempatan.