Bila sebut je Apple, memang dah sinonim dengan pelancaran yang mewah, penuh kejutan dan selalu buat ramai tak sabar. Untuk tahun 2025, Apple sekali lagi cipta debaran dengan pengumuman rasmi acara khas pelancaran iPhone 17 dan seperti biasa, peminat teknologi dah mula buat pelbagai spekulasi dan teori menarik!
iPhone 17: Apa yang Perlu Anda Tahu Sebelum 9 September 2025
Apa yang menarik perhatian kali ini bukan saja pada tarikh acara iaitu 9 September 2025, jam 10 pagi PT (10.30 malam waktu Malaysia) – tapi juga logo acara yang penuh misteri.
Logo tu hadir dengan gabungan warna jingga (oren) dan biru lembut, dengan tema yang dinamakan “Awe Dropping”. Nama ni sendiri dah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Kenapa “Awe Dropping”? Apa yang cuba disampaikan Apple melalui warna-warna yang digunakan?
Logo Interaktif – Telur Paskah Apple
Macam biasa, Apple memang suka selitkan “Easter egg” menarik dalam laman web mereka. Kalau anda pergi ke apple.com dan klik pada logo khas acara tu, ia akan bertukar warna dengan efek seolah-olah panas bila disentuh.
Ramai yang rasa ini bukan sekadar suka-suka. Mungkin Apple sedang beri hint tentang inovasi iPhone 17dari segi rekaan, warna, atau mungkin skrin yang ada teknologi baru!
Warna Oren & Biru – Petunjuk iPhone 17?
Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, iPhone 17 Pro dikatakan bakal tampil dalam warna oren terang, satu langkah berani dan luar biasa bagi Apple yang biasanya memilih palet warna lebih lembut dan elegan. Sebelum ini, Apple cenderung memilih warna-warna lembut dan mewah seperti Natural Titanium, Desert Titanium atau Sierra Blue. Tapi kali ini, nampaknya Apple bersedia untuk keluar dari zon selesa dengan sentuhan yang lebih berani dan menonjol.
Menurut Mark Gurman (Bloomberg), pakar yang sering tepat ramalannya, warna biru muda pada logo pula dipercayai merujuk kepada model baharu yang dinamakan iPhone 17 Air iaitu iPhone paling nipis pernah dikeluarkan Apple. Nama acara “Awe Dropping” pula mungkin permainan kata untuk menunjukkan betapa nipisnya telefon ini, sampai orang akan terpegun bila pegang.
Empat Model iPhone 17 Akan Datang
Kalau ikut trend, Apple akan lancarkan empat model iPhone baharu:
- iPhone 17 – model asas dengan penambahbaikan besar, termasuk sokongan paparan 120Hz ProMotion yang sebelum ini hanya ada pada model Pro.
- iPhone 17 Air – model paling nipis yang dikatakan bakal gantikan versi “Plus”.
- iPhone 17 Pro – versi kelas atasan dengan spesifikasi premium.
- iPhone 17 Pro Max – raja segala iPhone dengan skrin besar dan prestasi terbaik.
Baca juga:
- Apple Perkenal iPhone 16 dengan Kejutan Tarikh Pelancaran
- Apple Memperkenalkan ‘Apple Intelligence’ untuk iPhone, iPad dan Mac
Kenapa Semua Orang Tak Sabar Tunggu iPhone 17?
Selain warna baharu yang lebih berani, ramai menjangkakan Apple akan bawakan teknologi bateri lebih tahan lama, kamera lebih canggih, serta cip pemprosesan generasi seterusnya yang lebih berkuasa. Dan dengan nama “Awe Dropping”, tak mustahil Apple nak buktikan yang iPhone 17 bakal jadi telefon paling revolusioner sejak iPhone X diperkenalkan dulu.
Pendek kata, acara ni bukan sekadar pelancaran iPhone biasa. Ia adalah satu momentum besar untuk Appledan pastinya, untuk jutaan peminat mereka di seluruh dunia. Jadi, tandakan kalendar anda: 9 September 2025.