Buat pertama kalinya dalam sejarah, penanda aras harga minyak mentah global di Amerika Syarikat (AS) jatuh ke bawah paras $0, petanda yang membimbangkan berikutan permintaan yang lemah terhadap tenaga global itu susulan pandemik koronavirus yang menyekat perjalanan dan menghalang aktiviti ekonomi.
West Texas Intermediate atau WTI, adalah penanda aras bagi harga minyak mentah di AS. Pada Isnin, ianya susut 300 peratus untuk kontrak penghantaran pada Mei dan ditutup pada harga -$37.63 setong.
Berikut adalah penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan harga minyak mentah dunia negatif di dunia nyata:
Apakah maksud harga negatif masa depan?
Harga setong minyak mentah berbeza-beza berdasarkan faktor seperti bekalan, permintaan dan kualiti. Bekalan bahan bakar jauh melebihi permintaan semenjak pandemik koronavirus memaksa berbilion penduduk dunia untuk menghentikan perjalanan mereka.
Susulan bekalan melebihi permintaan, tangki simpanan untuk WTI semakin penuh sehingga sukar untuk mencari ruang. Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat berkata pada minggu lalu bahawa penyimpanan mereka di Cushing, Oklahoma, iaitu pusat rangkaian saluran paip AS, setakat pada 10 April sudah sekitar 72 peratus penuh.
“Tidak ada lagi tempat simpanan yang tersedia, justeru itu harga komoditi itu menjadi tidak bernilai.
“Jadi apabila dikurangkan satu dolar, mereka akan membayar satu dolar untuk mengeluarkannya,” kata Bob Yawger, pengarah niaga di Mizuho, New York.
Penurunan harga sebahagian besarnya disebabkan oleh cara minyak mentah itu didagangkan. Kontrak niaga hadapan untuk 1,000 tong minyak mentah, dihantar ke Cushing, di mana syarikat tenaga memiliki tangka simpanan dengan kapasiti sekitar 76 juta tong.
Setiap kontrak diperdagangkan selama sebulan, dengan kontrak Mei yang akan berakhir pada Selasa. Pelabur yang memegang kontrak Mei tidak mahu membuat penghantaran minyak dan menanggung kos penyimpanan, yang akhirnya terpaksa membayar orang untuk mengambilnya daripada mereka.
Kontrak bulan Jun, dengan penghantaran sebulan lagi masih diperdagangkan di atas $20 setong, tetapi kejatuhan harga menandakan bahawa kebanyakan ruang penyimpanan telah pun dipenuhkan.
Apa impaknya terhadap pengguna?
Kejatuhan harga niaga hadapan minyak mentah di Cushing tidak semestinya bermakna penurunan harga minyak di stesen minyak, menurut Tom Kloza, penganalisis veteran dalam Perkhidmatan Maklumat Harga Minyak.
“Kami akan terus melihat harga petrol, harga diesel dan harga bahan bakar jet susut lebih rendah pada bulan Mei tetapi bagaimanapun kita tidak boleh menyimpulkan bahawa kita akan melihat bahan bakar diberikan begitu sahaja atau kita akan menandingi penurunan yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini, tetapi kita lihat dalam minyak mentah hari ini,” katanya.
Apa impaknya terhadap syarikat penerbangan?
Bagi syarikat penerbangan dengan isu kekurangan wang, penurunan harga minyak mentah ini akan menjadikannya lebih murah untuk mengoperasikan penerbangan yang sudah hampir sunyi sejak orang tetap berada di rumah disebabkan oleh koronavirus.
Kejatuhan dalam niaga hadapan minyak mentah juga menunjukkan bahawa pasaran tidak mengharapkan syarikat penerbangan untuk menambah semula banyak penerbangan ke rangkaian dalam masa yang terdekat, menurut Raymohd James, penganalisis Savanthi Syth.
Apa yang dikatakan tentang Lonjakan Semula Ekonomi?
Sementara para pelabur dan penganalisis melihat terus teknikal pasaran minyak yang menyumbang kepada kejatuhan itu, yang lain sedang berusaha untuk mengetahui apa yang bakal dikatakan mengenai ekonomi. Sebanyak 30 juta tong sehari – yang sebelumnya merupakan 30 peratus permintaan global, telah disalurkan ke simpanan di seluruh dunia dalam dua atau tiga bulan terakhir.
Walaupun permintaan kembali ke tahap pra-virus, ianya akan memakan masa yang lama untuk membakar semua minyak mentah yang disimpan.
“Apa yang diberitahu oleh pasaran tenaga adalah permintaan tidak akan kembali segera dalam bila-bila masa ini, dan bakal ada kekurangan bekalan,” kata Kevin Flanagan, ketua strategi pendapatan tetap untuk Wisdomtree Asset Management, di New York.
Harga kontrak minyak mentah untuk Jun juga menjunam turun pada Isnin, jatuh 18.4 peratus kepada $20.43 setong. Itulah pandangan yang lebih dipercayai mengenai bagaimana peniaga memikirkan permintaan pengguna untuk tenaga dalam masa terdekat. Ia tidak di bawah sifar, tetapi jatuh dengan cepat.