Perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal menentang Manchester City yang dijadualkan esok (Khamis) di Stadium Emirates, ditunda susulan COVID-19.
Ia susulan pemilik kelab Greece, Olympiakos, Evangelos Marinakis yang positif jangkitan virus tersebut dilapor bertemu beberapa pemain dan kakitangan Arsenal 13 hari lepas pada pertembungan di Liga Eropah.
Arsenal berkata, pemain yang terbabit akan dikuarantin di rumah mereka sehingga tempoh 14 hari tamat. Empat kakitangan Arsenal yang duduk berdekatan Marinakis pada perlawanan itu juga dikuarantin di rumah sehingga tempoh 14 hari selesai.
“Aksi Manchester City di gelanggang sendiri menentang Arsenal telah ditangguhkan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Keputusan menangguhkan perlawanan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga selepas mendapat nasihat kesihatan. Persatuan Liga Perdana Inggeris bersetuju bahawa perlawanan ini akan dijadualkan semula.
Marinakis, yang juga memilik kelab Nottingham Forest, mengesahkan semalam beliau adalah positif COVID-19.