Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menangguhkan Kejohanan Euro 2020 bagi mengekang penyebaran wabak koronavirus dengan liga di sekitar Eropah berharap saingan mereka dapat disudahkan.
Kejohanan musim panas itu ditangguhkan ke musim panas tahun depan seperti diberitahu. UEFA menetapkan kejohanan itu pada 11 Jun hingga 11 Julai 2021 sebagai tarikh baharu.
Kejohanan berprestij di benua Eropah itu pada asalnya dijadualkan berlangsung antara 12 Jun hingga 12 Julai 2020, musim ini. Namun, terpaksa ditangguhkan ekoran wabak koronavirus yang berterusan ‘menghuru-harakan’ kalendar bola sepak dunia.
UEFA membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat pada Selasa dengan kejohanan antarabangsa itu menjadi antara topik utama yang dibincangkan.
Saingan domestik di sekitar Eropah ketika ini ditangguhkan dan mereka berdepan kekangan masa untuk menamatkan musim sedia ada. Menurut Persatuan Bolasepak (FA) Norway, UEFA dikatakan bersetuju untuk menangguhkan pertandingan itu dan tarikh baharu sudah ditetapkan.
Penundaan temasya ke tahun hadapan menyediakan peluang kepada majoriti liga di benua Eropah yang tergantung selama ini boleh dilengkapkan sepenuhnya.
UEFA berkata pihaknya mahu mengelak sebarang tekanan tidak sepatutnya dalam perkhidmatan awam kesemua 12 negara di bawah Eropah. Sebalik-nya mencari langkah penyelesaian untuk menamatkan segala liga dengan sempurna tanpa sebarang pertindihan atau masalah.
Presiden UEFA, Aleksander Ceferin berkata kita diambang dunia sukan yang dicintai dan dianggap sebagai sebati kehidupan setiap insan di dunia ini. “Kita tidak mahu mengecewakan mereka di samping mengutamakan keselamatan kesihatan mereka,” katanya.