The Malaysia Post

Gag Order Kes Zara Bukan Campur Tangan VVIP

KOTA KINABALU, 20 Ogos 2025 – Perintah larangan (gag order) yang dikenakan dalam prosiding Mahkamah Kanak-Kanak berhubung kes Allahyarhamah Zara Qairina pagi tadi bukanlah hasil campur tangan mana-mana individu berpengaruh atau “arahan dari atas” seperti yang dibisikkan oleh segelintir pihak di media sosial.

Sebaliknya, perintah tersebut adalah satu tindakan wajib dan sah di sisi undang-undang, yang diperuntukkan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, demi melindungi identiti serta kebajikan mana-mana individu bawah umur yang terlibat dalam kes jenayah atau inkues.

Gag Order: Peguam Nafi Campur Tangan VVIP, Kes Zara Dilindungi Akta Kanak-Kanak 2001

Peguam keluarga arwah, Hamid Ismail, tampil memperjelas perkara ini bagi mengekang sebarang spekulasi liar yang cuba memutarbelitkan fakta. Menurut beliau, masyarakat tidak harus terpedaya dengan naratif bahawa perintah larangan itu dikeluarkan kerana tekanan politik atau campur tangan pihak berkepentingan.

“Ini bukan kerana VVIP. Ini bukan kerana ada ‘tangan ghaib’. Undang-undang negara kita secara jelas melarang pendedahan identiti kanak-kanak dalam mana-mana prosiding berkaitan jenayah atau kematian,” katanya kepada media.

Beliau turut menjelaskan bahawa larangan tersebut merangkumi penyiaran nama, alamat, maklumat peribadi mangsa dan ibu bapa, serta sebarang butiran lain yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak terbabit.

Peguam Tidak Dibenar Ulas Kes Zara Qairina – Hormat Institusi Kehakiman

Hamid turut menyatakan beliau tidak dibenarkan memberikan ulasan mengenai perjalanan prosiding, kerana ia boleh dianggap sebagai menghina mahkamah (contempt of court).

“Jika kita ulas di luar konteks kenyataan rasmi, kita boleh dikenakan tindakan. Rujuk kenyataan AGC, bukan spekulasi media sosial,” jelas beliau tegas.

Permohonan Jadi Pihak Berkepentingan Dalam Inkues Kes Zara Qairina

Hamid turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan (interested party) dalam prosiding inkues yang dijadual bermula pada 3 September 2025. Tarikh untuk mendengar permohonan itu dijangka ditetapkan dalam minggu ini.

Baca Juga:  Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding Dolar AS

“Kami akan terus memastikan keluarga arwah Zara diberi maklumat penuh dan terkini mengenai setiap perkembangan kes ini,” ujarnya.

Baca juga:

Beliau turut memberi amaran keras kepada masyarakat agar berhenti membuat sebarang andaian liar yang menyentuh soal VVIP, konspirasi atau cubaan menutup kebenaran.“Kita perlu matang dan faham peranan undang-undang. Perintah ini untuk melindungi kanak-kanak, bukan alat politik. Jangan salah tafsir undang-undang atas dasar emosi atau kebencian,” tegasnya lagi.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

5 Kesan Buli Paling Bahaya – Jangan Pandang Remeh, Buli Boleh Membunuh!

Read Next

SARA RM100 One-Off: Ini Info Paling Lengkap!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *