KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2025 – Dalam dunia keibubapaan yang penuh cabaran dan kejutan, kadang-kadang kita Papa dan Mama cuma perlukan sedikit panduan, hiburan atau motivasi dari orang yang pernah (dan sedang) melalui perkara yang sama. Tak semestinya kena baca buku tebal – sekarang ni, YouTube pun dah jadi ‘kawan baik’ ibu bapa zaman moden!Jadi, kalau Papa dan Mama tengah cari saluran YouTube yang bukan je informatif, tapi juga menyeronokkan, ini dia 15 saluran YouTube terbaik untuk ibu bapa subscribe pada tahun 2025! Ada yang fokus pada tips keibubapaan, aktiviti anak, hiburan keluarga, dan ada juga yang boleh buat kita gelak guling-guling lepas seharian penat uruskan rumah tangga.
#1.WhatsUpMoms – Sahabat Mama Sejati
Dengan lebih 4.5 juta subscribers, saluran ni penuh dengan video DIY, tips memasak untuk anak-anak, idea parenting kreatif dan realiti jadi Mama. Rasa macam tengok kawan sendiri bercakap!
#2. [The Mom’s View](https://www.youtube.com/@TheMomsView) – Suara Hati Para Ibu
Macam talk show untuk Mama-Mama moden. Topik yang dibincangkan sangat relevan dari isu kesihatan mental sampailah parenting style zaman sekarang. Lebih 423K followers yang suka dengan gaya chill dan ikhlas mereka.
#3. [How to DAD](https://www.youtube.com/@HowtoDAD) – Lawak Tapi Real!Papa, ini saluran untuk korang! Dengan 1.46 juta subscribers, saluran dari New Zealand ni sangat kelakar tapi penuh dengan mesej mendalam pasal hubungan ayah dan anak.
#4. [Mama Natural](https://www.youtube.com/@MamaNatural) – Untuk Mama yang Natural dan Organik
Dengan 628K subscribers, Mama Natural kongsi info pasal kehamilan semula jadi, penyusuan, dan gaya hidup sihat. Tenang je tengok dia bercakap.
#5. [FirstCry Parenting](https://www.youtube.com/@firstcryparenting) – Panduan Lengkap untuk Ibu Bapa Baru
1.57 juta subscribers dah pun ikut saluran ni. Sangat sesuai untuk yang baru dapat baby. Ada info kesihatan bayi, tips penyusuan, tidur bayi, dan banyak lagi.
#6. [The Parenting Junkie](https://www.youtube.com/@TheParentingJunkie) – Untuk Yang Nak Tenang dan Sabar
Kalau Mama dan Papa rasa nak improve gaya keibubapaan secara mindful dan tanpa marah-marah, ini saluran yang best. Sesuai untuk anak-anak kecil sampai usia sekolah.
#7. [The Mom Psychologist](https://www.youtube.com/c/themompsychologist) – Psikologi Keibubapaan
Nak faham kenapa anak tantrum? Saluran ni bantu Papa dan Mama faham emosi anak. Gaya penyampaian sangat mudah faham dan relatable.
#8. [Ms. Rachel – Songs for Littles](https://www.youtube.com/@MsRachel) – Lagu, Lagu dan Lagi Lagu!
Ada anak bawah 5 tahun? Ini WAJIB subscribe! Dengan lebih 15.9 juta followers, Ms. Rachel bantu anak belajar bercakap melalui lagu-lagu comel dan interaktif.
#9. [Mother Goose Club](https://www.youtube.com/@MotherGooseClub) – Lagu dan Cerita Klasik9.3 juta subscribers suka saluran ni sebab dia sangat sesuai untuk anak-anak kecil – penuh dengan nursery rhymes dan aksi yang anak-anak boleh ikut.
#10. [Little Baby Bum](https://www.youtube.com/@LittleBabyBum) – Animasi untuk Si Keci
lSaluran animasi dengan lebih 41 juta subscribers ni memang legend. Lagu-lagu macam “Wheels on the Bus” buat anak ulang sampai Mama hafal!
#11. [ChuChu TV](https://www.youtube.com/@ChuChuTVNurseryRhymes) – Warna-Warni & Ceria
94.9 juta followers! Gaya kartun, lagu dan cerita moral sangat menarik perhatian anak-anak. Papa dan Mama pun boleh join nyanyi!
#12. [Ryan’s World](https://www.youtube.com/@RyansWorld) – Dunia Mainan & ReviewAnak-anak suka sangat tengok Ryan unboxing mainan dan buat eksperimen sains mudah. Sesuai untuk anak 4 tahun ke atas.
#13. [The LaBrant Fam](https://www.youtube.com/@TheLaBrantFam) – Vlog Keluarga Yang Sweet
12.8 juta subscribers ikuti kisah keluarga ni. Kalau Papa dan Mama suka tengok vlog santai keluarga besar, inilah pilihan tepat.
#14. [Family Fun Pack](https://www.youtube.com/@FamilyFunPack) – Aktiviti Keluarga Non-Stop
10 juta lebih subscribers! Mereka buat aktiviti outdoor, mainan, challenge dan banyak lagi yang boleh beri idea aktiviti hujung minggu.
#15. [The Royalty Family](https://www.youtube.com/@royaltyfam) – Hiburan Keluarga
Dengan 26 juta subscribers, saluran ni memang padat dengan content lawak, prank dan momen keluarga. Anak-anak pun suka tengok.
Baca juga:
- 8 Panduan Keselamatan Untuk Ibu Bapa Bagi Melindungi Anak-Anak Dari Ancaman Media Sosial
- 10 Cara Didik Anak Supaya Rajin dan Berdikari Sejak Kecil
Kenapa Ibu Bapa Perlu Subscribe Saluran Ini?
- Jimat masa cari info – Semua tips keibubapaan dikongsi secara video.
- Anak belajar sambil tengok – Lagu, cerita dan animasi bantu perkembangan.
- Aktiviti keluarga – Banyak idea DIY, resepi dan bonding time.
- Inspirasi & sokongan moral – Tengok Mama Papa lain struggle pun rasa tak keseorangan.
Nak jadi Mama Papa yang lebih chill dan tahu selok-belok dunia parenting moden? Subscribe je saluran-saluran ni sebab anak belajar, Mama Papa pun dapat recharge!