The Malaysia Post

Nabila Huda Sindir ‘Datin Pelacur’? Video Tular Cetus Spekulasi

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2025 – Pelakon versatil tanah air, Nabila Huda, mencuri perhatian netizen apabila memuat naik satu video penuh emosi yang mengandungi luahan berunsur sindiran terhadap seorang wanita berstatus ‘Datin’. Video tersebut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai individu yang dimaksudkan pelakon itu.

Nabila Huda Cetus Spekulasi Dengan Dialog ‘Datin Pelacur’

Dalam video berdurasi beberapa minit yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Nabila menyampaikan mesej tegas dan lantang yang menyentuh isu maruah, ego dan karma. Beliau menegaskan bahawa tindakannya itu hanyalah monolog untuk sebuah projek lakonan terbarunya, namun nada dan gaya penyampaian yang penuh perasaan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat serta warganet.

“Hei betina, aku rasa kau dah boleh berhenti buat benda bodoh ini. Kau ingat kau siapa? Berhentilah memalukan keluarga dan memalukan suami tercinta,” kata Nabila dengan nada sinis, menambah lagi rasa ingin tahu netizen terhadap tujuan sebenar video tersebut.

Baca juga:

Melalui kapsyen dan dialog dalam video tersebut, Nabila menyeru individu berkenaan agar berhenti melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik suami dan keluarganya.

“Berhentilah memalukan suami tercinta kau,” tulisnya dalam kapsyen bersama video berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, Nabila juga mendakwa bahawa rakyat Malaysia secara umum tidak menyukai individu berkenaan, yang disifatkan sebagai “pelacur berstatus Datin”.

“Datin Pelacur” – Realiti Atau Lakonan?  

Walaupun tiada nama disebut secara langsung, gaya penyampaian Nabila yang beremosi dan berani telah mengundang pelbagai spekulasi. Netizen berbelah bahagi ada yang melihat ia sebagai satu bentuk ekspresi seni yang mendalam, manakala ada juga yang mendakwa ia merupakan sindiran kepada figura tertentu dalam industri hiburan tanah air.

“Sekarang lihatlah apa yang kau dah buat hanya disebabkan orang lain beri pendapat. Semua nak kena ikut cara hidup kau? Pergi mampus,” kata Nabila.

Amaran Nabila Huda Tentang Karma

Nabila juga memberi peringatan bahawa setiap perbuatan buruk akan dibalas, menekankan konsep karma sebagai pengajaran kepada sesiapa sahaja yang gemar mencetuskan konflik atau mengganggu ketenteraman orang lain.

“Aku dah lama cakap, setiap perbuatan itu ada balasannya. Kalau kau terus mencetuskan drama, keburukan lama pasti akan terbongkar,” tambahnya lagi.

Projek Baru Atau Sindiran Tajam? Nabila Huda Cetus Tanda Tanya

Di hujung video, Nabila memohon agar tiada pihak terasa hati kerana tiada nama dinyatakan. Menurut beliau, monolog itu adalah sebahagian daripada projek terbaharunya. Bagaimanapun, sehingga kini tiada pendedahan lanjut mengenai projek yang dimaksudkan.

Ramai peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk mengetahui apakah projek sebenar yang sedang diusahakan oleh pelakon berkarakter itu, malah ramai juga memuji keberaniannya membawa isu sosial dalam bentuk seni persembahan yang kuat dan menggugah emosi.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Proton R3 Motorsports Kini Tinggal Kenangan?

Read Next

Cold Violence Dalam Hubungan, Ini 5 Tanda Ramai Tak Sedar!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *