The Malaysia Post

Pengasuh ditemui mati dengan tangan terikat, mulut ditutup

Mayat seorang wanita berusia 58 tahun dipercayai dibunuh, ditemukan dalam keadaan mulut dan tangannya terikat, di dalam sebuah bilik di rumah sewanya di Taman Sutera Idaman dekat Sungai Petani, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Shamsudin Mamat berkata, mangsa ditemukan setelah seorang lelaki, yang hendak menghantar anaknya untuk diasuh wanita itu kira-kira 7.30 pagi tadi, menghubungi polis setelah mangsa tidak menyahut panggilannya.

image 1583669054 38494725 1

“Dia mendapati pintu gril berkunci dengan mangga, tapi pintu gelangsar sedikit terbuka sebelum bertindak menghubungi polis dan pemeriksaan oleh anggota unit peronda polis melalui atas cermin tingkap bilik utama mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap di lantai berhampiran katil di dalam bilik.

“Kunci mangga kemudian dipotong oleh jiran dan anggota peronda tersebut melihat mangsa seperti sudah tidak bernyawa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Unit anjing pengesan K9 turut dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan lanjut mendapati tiada kesan pecah masuk ke rumah mangsa, malah tiada kesan selongkar di sekitar tempat kejadian.

Mangsa bekerja sebagai pengasuh, tinggal menyewa seorang diri di rumah terbabit sejak tiga tahun lalu dan merupakan seorang janda. Keadaan mangsa lengkap berpakaian, kedua-dua tangannya diikat dari belakang menggunakan wayar pengecaj berwarna putih, manakala mulut mangsa diikat dengan kuat dari belakang menggunakan tudung berwarna hijau.

61583673786 PengasuhMati

Mangsa dikenal pasti Haziah Yeap Osman, 58, seorang ibu tunggal dan tinggal bersendirian di rumah itu selepas bercerai tiga tahun lalu.

Polis kini sedang mengenalpasti motif kejadian dan adakah mangsa dirompak dan dibunuh. Tempoh kematian mangsa dipercayai sudah melebihi 12 jam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Baca Juga:  Saya Juga Tak Terkecuali Daripada Menghadapi Kelajuan Internet Yang Rendah Di Rumah: Fahmi

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Mengingati 6 tahun misteri kehilangan MH370

Read Next

Masih ingatkah Muhyiddin pada nasihat dan pengorbanan Anwar?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *