The Malaysia Post

Ayden Adrean Anak Bella Astillah Cipta Sejarah di Triatlon Desaru 2025

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Kejohanan International Multisport Coastal Fest 2025 yang berlangsung di Desaru, Johor semalam menyaksikan detik luar biasa apabila peserta termuda, Ayden Adrean, 8 tahun, mempamerkan semangat kental serta keberanian yang mengagumkan dalam kategori Super Sprint Triathlon.

Ayden Adrean Tak Mengalah Walau Berdepan Cabaran Di Triatlon Desaru 2025

Ayden, anak kepada selebriti tanah air terkenal Bella Astillah dan pelakon Aliff Aziz, bukan sahaja menyertai perlumbaan sebagai peserta cilik, malah menarik perhatian ramai apabila berjaya menamatkan cabaran renang 300 meter, berbasikal 10 kilometer dan larian 2 kilometer, biarpun menghadapi insiden kehilangan pelampung keselamatan ketika fasa renangan.

“Saya sangat penat masa berbasikal, tetapi saya tak pernah putus asa. Ini pertandingan terbaik pernah saya cuba,” kata Ayden.

Meskipun hanya menjalani latihan intensif selama seminggu, Ayden sebelum ini sudah menunjukkan kemampuannya dengan menyempurnakan cabaran renang 400 meter air terbuka di Langkawi, satu pencapaian yang jarang dicapai oleh kanak-kanak seusianya.

Insiden Cemas Di Kejohanan International Multisport Coastal Fest 2025 Tidak Patahkan Semangat Anak Bella Astillah

Insiden kehilangan pelampung keselamatan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan petugas keselamatan dan penonton, namun tindakan pantas Ayden kembali ke pantai dan mendapat kelulusan penganjur untuk meneruskan perlumbaan membuktikan kematangannya yang luar biasa.

Ayden menamatkan fasa berbasikal 10km dalam masa 47 minit 36 saat dan melengkapkan lari 2km dalam masa 17 minit 7 saat, sekaligus melayakkan dirinya sebagai peserta termuda paling menonjol dalam kategori tersebut.

Baca juga:

Penyertaan Syed Saddiq Tingkatkan Momentum Acara Kejohanan International Multisport Coastal Fest 2025

Turut mencipta impak dalam acara ini ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang menyertai kategori 113 Triathlon – melibatkan renang sejauh 2.25km, berbasikal 90km, dan larian 21km. Beliau menamatkan cabaran fizikal itu dengan catatan masa 6 jam 14 minit 27 saat.

Dalam kenyataanya, Syed Saddiq menekankan bahawa triatlon dan sukan daya tahan seperti  International Multisport Coastal Fest 2025 harus dijadikan sebahagian daripada agenda nasional dalam memperkasakan kesihatan awam.

“Lebih 50 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan, sepertiga obes dan lebih 30 peratus ada diabetes. Kita perlu bertindak dan acara seperti ini adalah langkah yang baik,” katanya.

Persaingan Antarabangsa dan Juara Keseluruhan Kejohanan International Multisport Coastal Fest 2025

Acara yang disertai lebih 900 peserta dari 25 negara ini menampilkan empat kategori utama iaitu 113 Triathlon, Olimpik, Sprint dan Super Sprint. Atlet dari Singapura, Aaron Lee, dinobatkan sebagai juara keseluruhan 113 Triathlon dengan catatan masa cemerlang 4 jam 56 minit 15 saat.

Kejohanan ini turut disokong oleh pelbagai agensi sukan, hospitaliti dan pelancongan, yang melihat potensi besar dalam menjadikan Desaru sebagai pusat kecemerlangan sukan lasak dan pelancongan sukan.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Kelebihan Puasa Sunat Asyura & Sejarah Hari Asyura yang Anda Wajib Tahu

Read Next

Harga Tiket Chelsea vs Fluminense RM57 Je!? Ini Punca FIFA Turun Harga Kaw-Kaw!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *