The Malaysia Post

Netizen Tuduh Fazura ‘Alpha Women’, Psiko

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, menjadi perhatian ramai selepas kenyataan beliau mengenai penceraian yang dikatakan “baru sahaja cerai” mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Perkara ini timbul susulan satu temubual media ketika majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Luar Biasa. Dalam sesi itu, Fazura mengulas ringkas mengenai situasi peribadinya, dan menyatakan bahawa penceraian tersebut masih terlalu baharu untuk diulas lanjut. Kenyataan tersebut kemudian dijadikan asas oleh seorang individu di media sosial untuk melabel beliau sebagai seorang “psiko” dan “Alpha Women”.

Fazura Dituduh ‘Alpha Women’ dan ‘Psiko’ Oleh Netizen

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, individu tersebut menyatakan bahawa Fazura bersikap dominan serta menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sukar dikawal. Menurut individu terbabit:

“Aku tak kecam Fazura dan aku juga bukan peminat Fattah. Tapi cara Fazura cakap ‘baru sangat cerai’ bagi aku psycho. Dekat sini kita boleh nampak alpha women memang Fazura. Dan Fattah sememangnya tak boleh control Fazura. Yang aku respect, Fattah tak buruk-burukkan Fazura.”

Kenyataan ini sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat serta masyarakat umum yang mengikuti perkembangan rumah tangga pasangan selebriti tersebut.

Respon Fazura: “Tak Mustahil Ujian Sebegini Diberikan”

Tidak berdiam diri, Fazura tampil memberikan maklum balas terhadap kritikan yang dilontarkan. Dalam ruangan komen di media sosial, beliau menulis:

whatsapp image 2025 06 26 at 10.52.31 864x1024

Respon penuh tenang dan matang itu menerima sokongan padu daripada para peminatnya yang rata-rata menganggap kritikan tersebut sebagai tidak berasas dan bersifat provokatif.

Dituduh Psiko, ‘Alpha Women’ Peminat Pertahan Fazura -“Teruskan Langkah, Jangan Layan Haters”

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mempertahankan Fazura daripada serangan netizen yang dianggap tidak sensitif terhadap situasi peribadinya. Mereka menasihatkan agar beliau tidak melayan komen negatif, dan sebaliknya terus fokus terhadap kerjaya seni serta perjalanan spiritualnya.

Baca Juga:  “Hari Ini Mereka Menang” - Caprice Kena Saman Asyraf Khalid, Mohon Maaf Secara Terbuka

Baca juga:

Peminat turut menyuarakan rasa hormat terhadap Fazura yang memilih untuk tidak memburukkan bekas suaminya, aktor Fattah Amin, walaupun berdepan tekanan emosi yang mungkin sedang dialami ketika ini.

About Azlan Rosdi

1695f153a91e6f09b02e66a9410723f0b533c5171778b73320e93631ad3773e3?s=90&d=mm&r=gAzlan Rosdi seorang koresponden sukan yang menulis tentang sukan Malaysia, para atlet, dan kejohanan utama. Laporannya merangkumi liga tempatan, pencapaian nasional, serta semangat dan dedikasi di sebalik setiap kejayaan sukan.

Read Previous

UAE Semakin Popular di Kalangan Bilionair Dunia – Ini Sebabnya!

Read Next

10 Pemain MLS Terima Gaji Tertinggi Musim 2025: Siapa Paling Kaya?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *