Korang pengguna Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet)? Kalau ya, kami ada berita best untuk korang! Sekarang dah boleh isi minyak kat stesen Petronas dan bayar terus guna TNG eWallet, tanpa perlu buka banyak aplikasi pun. Semua ni hasil kerjasama mantap antara TNG Digital dan Setel Ventures.
Apa Sebenarnya Setel Mini Ni?
Setel Mini ni adalah satu versi “ringkas” dari aplikasi Setel yang biasa tu, tapi sekarang dah siap sedia digunakan terus dalam app TNG eWallet. Korang semu dah tak payah susah-susah buka dua app dah – semua dalam satu tempat je. Nama dia pun dah comel, kan?
Masa sampai je kat stesen minyak Petronas pilihan korang, buka je app TNG eWallet dan cari Setel Mini dalam tu. Bila dah sah lokasi betul, tekan je butang “Beli Bahan Api”, dan korang dah boleh teruskan.
Baca juga:
- E-Madani: Pelbagai Hadiah Percuma Ditawarkan untuk Penebusan Kredit E-Dompet RM100
- Syarikat petrol jenama “FIVE” dilancar di Malaysia, tawar pembayaran tanpa tunai
Macam Mana Nak Isi Minyak Guna TNG eWallet?
Langkah-langkah dia mudah sangat:
- Buka TNG eWallet dan pergi ke Setel Mini.
- Pilih stesen Petronas yang betul (lokasi akan automatik detect).
- Tekan Beli Bahan Api.
- Pilih nombor pam, jumlah isi (sama ada RM atau liter), dan jenis minyak.
- Tekan Bayar Guna TNG eWallet.
- Siap! Korang boleh terus isi minyak.
Ada Ganjaran Menarik Juga Jika Korang Bayar Minyak Guna TNG eWallet x Setel Mini di Petronas!
Ni part paling menarik – Mesra Rewards bernilai RM5 akan diberikan kepada 50,000 transaksi pertama yang dibuat melalui Setel Mini dalam TNG eWallet. Best kan? Lagi syok, bila guna kaedah ni, korang masih boleh kumpul dua jenis mata ganjaran sekali gus:
- Mesra Rewards
- GoRewards (TNG eWallet)
Jadi tak rugi langsung guna cara ni.
Tak Ada Akaun Setel? Tak Payah Risau!
Kalau korang belum pernah daftar akaun Setel sebelum ni, tak payah pening. Bila guna Setel Mini dalam TNG eWallet, akaun Setel akan dibuat secara automatik berdasarkan maklumat yang dah ada dalam TNG eWallet. Tak payah isi borang bagai.
Tapi… Perlu Lagi Ke App Setel Yang Original?
Soalan power ni! Walaupun Setel Mini ni memang memudahkan urusan isi minyak, masih ada beberapa perkara yang hanya boleh dibuat dalam app Setel yang asal:
- Bayar tempat letak kereta jalanan.
- Guna pengecasan EV (electric vehicle).
- Tengok maklumat transaksi lebih terperinci.
- Dapatkan mata Mesra lebih tinggi – dalam Setel penuh, korang boleh dapat hingga 3x mata Mesra seliter bergantung pada tahap keahlian Mesra Rewards. Tapi dalam Setel Mini, korang hanya dapat 1 mata Mesra seliter je.
So, untuk pengguna tegar Setel, mungkin kena simpan juga app asal tu. Tapi kalau korang nak cara yang lebih cepat dan mudah isi minyak je, Setel Mini dalam TNG eWallet memang win!
Kesimpulannya, dengan kerjasama TNG Digital dan Setel Ventures ni, urusan isi minyak jadi lebih mudah dan pantas – semuanya boleh dibuat dalam satu aplikasi je. Senang, jimat masa, dan boleh kumpul ganjaran sekali!