Pelakon sensasi, Fatiya Latiff sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila wajahnya dikatakan mengalami perubahan yang ketara. Ramai peminat serta pengguna media sosial menyuarakan pendapat mereka, dengan sebahagian menganggap pelakon itu kelihatan berbeza berbanding dahulu.
Namun, dalam satu kenyataan baru-baru ini, Fatiya menjelaskan bahawa dia tidak terkesan dengan komen-komen tersebut dan menganggap perubahan wajahnya adalah perkara biasa yang berlaku seiring dengan peningkatan usia.
Fatiya Latiff Tenang Hadapi Kritikan Ubah Wajah, Tidak Mudah Melatah
Berbeza dengan sesetengah selebriti yang mungkin mudah tersinggung dengan komen negatif, Fatiya kekal tenang dan tidak cepat melenting.
Menurut pelakon Nur Kasih ini, dia memahami bahawa setiap orang mempunyai pandangan tersendiri, dan dia tidak berniat untuk menafikan apa yang diperkatakan oleh netizen. Ujarnya, antara faktor yang membuatkan wajahnya berubah mungkin disebabkan oleh umur yang semakin meningkat.
Baca lagi | Fathia Latiff Serang Suami Heliza Helmi dan Dakwa Gagal Siapkan Rumah
Fatiya Latiff Dedah Pernah Jalani Rawatan Kecantikan, Tapi Tidak Ekstrem
Dalam pada itu, Fatiya tidak menafikan bahawa dia ada menjalani beberapa rawatan kecantikan, namun menegaskan bahawa semua rawatan yang dilakukan adalah dalam skala yang sederhana dan bukan sesuatu yang ekstrem. Antara salah satu rawatan yang pernah dibuatnya adalah rawatan eye bag untuk menghilangkan.
Tambahnya, dia tidak pernah mengambil langkah drastik dalam usaha mengekalkan kecantikan wajahnya, sebaliknya hanya mendapatkan rawatan yang lebih kepada penjagaan kulit secara profesional.
Baca lagi | “Muka Zahirah MacWilson Seperti Bibik” – Fathia Latiff
Fatiya Latiff Bakal Muncul Dalam Drama ‘Bidaah’
Selain daripada tumpuan terhadap wajahnya, Fatiya turut berkongsi berita gembira mengenai perkembangan kariernya. Dia bakal kembali ke kaca televisyen dengan membintangi drama siri terbaru berjudul Bidaah.
Drama ini dijangka mendapat perhatian kerana barisan pelakonnya yang hebat, termasuk Faizal Hussein, Fattah Amin, Hasnul Rahmat, dan ramai lagi.
Dengan kembalinya Fatiya ke industri lakonan, peminat pasti tidak sabar untuk melihatnya beraksi semula di skrin dan menilai sendiri perubahan yang dikatakan oleh netizen.