The Malaysia Post

Zahnita Nafi Guna Muay Thai untuk Pukul Suami

Kuala Lumpur, 8 Januari 2025 – Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan kemahiran muay thai untuk menyerang suaminya, Abdul Zackery, sepanjang perkahwinan mereka selama 20 tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, Zahnita menjelaskan bahawa beliau mempelajari seni mempertahankan diri tersebut sejak 2016 untuk tujuan keselamatan diri, bukan sebagai alat keganasan rumah tangga seperti yang didakwa oleh suaminya.

Tuduhan Suami Zahnita Wilson, Abdul Zackery Sebagai Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Portal hiburan tempatan baru-baru ini melaporkan dakwaan Zackery yang mengatakan bahawa Zahnita sebenarnya yang bersikap ganas dalam rumah tangga mereka. Menurut laporan itu, Zackery bertindak mempertahankan dirinya daripada serangan Zahnita, bukan sebaliknya.

Zackery juga mendakwa bahawa tuduhan beliau memukul isterinya adalah tidak benar. Sebaliknya, beliau mendakwa dirinya menjadi mangsa dan akan menceraikan Zahnita dengan syarat tertentu.

Penafian Zahnita Guna Muay Thai Pukul Suami

Dalam satu kenyataan balas, Zahnita menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Beliau menyatakan kepada pihak media bahawa dia tidak pernah pukul suaminya dan hanya belajar muay thai secara profesional sejak 2016, tetapi hanya untuk tujuan mempertahankan diri.

Zahnita turut menambah bahawa beliau akan meneruskan sesi latihan muay thai dalam masa terdekat.

Baca lagi | Kes Dera: Lima Pegawai Kadet UPNM Ditamatkan Perkhidmatan ATM, Dikenakan Ganti Rugi

Kes Pukul Zahnita Wilson: Anak Sulung Dakwa Ibu Manipulasi Situasi

Keadaan menjadi lebih rumit apabila anak sulung pasangan itu, Zahrafeena, yang kini berusia 18 tahun, tampil membuat pendedahan di media sosial.

Zahrafeena mendakwa gambar mata lebam yang dikongsi Zahnita di Instagram adalah foto lama, sekali gus membayangkan bahawa ibunya cuba memanipulasi fakta demi kepentingan sendiri. Ujar anaknya, dia lebih selesa tinggal bersama ayah, Abdul Zackery selepas ibunya keluar dari rumah mereka.

Bagaimanapun, Zahnita berpendapat bahawa anaknya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu dan tidak mahu melihat bapanya dipenjarakan.

Baca lagi | Zahnita Wilson Kongsi Gambar Mata Lebam, Netizen Syak Kena Dera

Isu Rumah Tangga Zahnita Wilson dan Suaminya Abdul Zackery Semakin Berlarutan

Kes rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian umum selepas Zackery ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan mencederakan Zahnita. Namun, Zackery mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Netizen turut meninggalkan pelbagai komen di Instagram Zahnita, memberikan pandangan yang berbeza-beza tentang isu ini.

Kes ini masih dalam siasatan, dan perkembangan lanjut dijangka akan menarik perhatian masyarakat umum.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Samsung Vision AI: Revolusi Baharu TV Pintar di CES 2025

Read Next

5 Pemain Yang Bakal Curi Tumpuan Dalam Aksi Shan United vs Terengganu FC

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.