The Malaysia Post

Amanah berpegang teguh kepada muafakat Majlis Presiden PH

Parti Amanah Negara (Amanah) masih berpegang kepada pemuafakatan yang telah dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Pengarah Strategi Amanah, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, adalah wajar untuk menantikan titah dan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk sebarang keputusan mengenai desas-desus pembentukan kuasa politik baharu negara.

Beliau turut difahamkan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini namun tidak memperincikan tentang pertemuan itu.

“Kita masih kerajaan dan apapun (sebarang keputusan) kita wajar nantikan titah dan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita masih lagi menjalankan tugas-tugas, tidak ada apa perubahan.

“Yang pentingnya kita berpegang dan bersandarkan kepada keputusan yang dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada media selepas melancarkan Seminar dan Kempen Kesedaran Pengurusan Kelesuan Peringkat Kebangsaan Untuk Anggota Kesihatan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar.

About Aiman Hakim

cf101fe1d9938c321c3d7c1a070bbab3bb0a4096186500eca99cae258b0c050d?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Cubaan rampas pemerintahan politik kotor – Syed Badli

Read Next

PH Melaka sahkan tidak lagi kuasai DUN

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *