The Malaysia Post

Warga Asing Tidak Boleh Niaga dan Jadi Penjaja – KPKT

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2024 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah mengiktiraf atau membenarkan mana-mana warga asing untuk menjadi penjaja atau peniaga kecil di Malaysia. Langkah tegas ini adalah untuk memastikan peluang perniagaan diberikan kepada rakyat tempatan dan mengawal selia operasi perniagaan secara sah.

Penegasan KPKT Terhadap Warga Asing Tidak Boleh Niaga dan Menjaja

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu, menyatakan bahawa menurut Undang-Undang Kecil (UKK) Penjaja, warga asing tidak dibenarkan untuk memiliki lesen penjaja atau menjadi pekerja di bawah lesen tersebut di premis yang dikendalikan oleh PBT. 

Selain itu, warga asing juga tidak dibenarkan untuk memohon atau memiliki lesen penjaja, bengkel kereta, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, peniaga kecil, atau perniagaan di pasar-pasar.

Langkah ini bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan pasaran dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjalankan perniagaan, terutamanya di premis yang kadar sewanya ditetapkan di bawah harga pasaran.

Baca lagi | Program Sentuhan Maya atau ‘Duta Online’ KPKT Tidak Melibatkan Sebarang Kos Tambahan – Nga Kor Ming

KPKT Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pelanggaran Lesen

Dalam menjawab soalan dari Senator Datuk Setia Salehuddin Saidin mengenai peniaga warga asing yang mendirikan kedai sementara di bahu jalan atau berniaga di pasar malam, Aiman Athirah menegaskan bahawa di bawah UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian, lesen perniagaan hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun, majikan boleh mengambil warga asing sebagai pekerja dengan syarat mereka memiliki pas kerja atau permit dagang yang sah.

Pihak PBT tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan, dan tindakan tegas termasuk sitaan, kompaun, penutupan premis, serta pembatalan lesen akan diambil. Sejak tahun 2022, PBT telah melaksanakan lebih dari 2,000 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan dan membatalkan lebih 26,000 lesen peniaga yang melanggar syarat.

Baca lagi : Dua Warga Asing Didenda Kerana Berpakaian Mencolok di Acara Larian

Warga Asing Tidak Boleh Niaga dan Menjaja: Peranan Kerajaan Negeri dan PBT dalam Mengawal Perdagangan

Aiman Athirah turut menegaskan bahawa kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam memperketatkan syarat permohonan baru dan pembaharuan lesen perniagaan di negeri masing-masing. Langkah ini adalah untuk mengekang operasi perniagaan oleh warga asing dan memastikan aktiviti perniagaan dijalankan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Warga Asing Tidak Boleh Niaga dan Menjaja: Saluran Aduan untuk Orang Ramai

Bagi menambahbaik pengawasan, PBT menyediakan pelbagai saluran aduan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai untuk melaporkan penjaja asing yang beroperasi tanpa lesen. Antara saluran aduan yang disediakan termasuk pusat talian setempat, talian aduan awam, e-Aduan melalui portal PBT, serta aplikasi mudah alih PBTcare.

Aplikasi PBTcare, yang dibangunkan oleh KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, membolehkan rakyat mengemukakan aduan lengkap dengan gambar dan lokasi secara masa sebenar, sekaligus memudahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

About Syaqiq Al Azdi

Syaqiq Al Azdi adalah seorang penulis laman web WordPress yang mahir
dengan pengalaman selama 5 tahun dalam menghasilkan kandungan yang
menarik dan mesra SEO. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Syaqiq menggabungkan kepintaran perniagaan dengan
pemahaman mendalam tentang penulisan web, memastikan kandungan
yang dihasilkan selaras dengan keperluan pengguna dan matlamat
perniagaan

Read Previous

Zahnita Wilson Kongsi Gambar Mata Lebam, Netizen Syak Kena Dera

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.