Skip to main content

The Malaysia Post

Budak Palestin buta ditembak oleh polis Israel

Tahun lalu, heboh di media sosial seorang wartawan di Palestin hilang sebelah mata beliau selepas terkena tembakan daripada rejim Zionis. Terbaharu, seorang kanak-kanak Palestin turut menerima nasib yang sama.

Malek Issa, berusia 8 tahun disahkan buta sebelah mata kirinya selepas ditembak oleh polis Israel dengan peluru keluli bersalut getah.

Dia ditembak ketika melangkah keluar dari sebuah restoran di Baitulmuqaddis Timur selepas membeli sandwich.

Menurut bapa mangsa, Wael Issa, anaknya memang sengaja ditembak walaupun anggota polis Israel menafikan.

“Ini kerana tembakan tersebut adalah dari jarak dekat.

“Malek sudah terjaga tetapi kondisinya sukar. Tembakan itu menyebabkan patah tulang dan beri kesan pada bahagian muka serta pendarahan otak. Dia berisiko mengalami kerosakan otak,” katanya kepada Middle East Eye.

Wael berkata, pasukan Israel telah datang ke kawasan itu untuk menahan seorang lelaki dan apabila mereka melihat orang ramai mula berkumpul, mereka mula menembak secara rambang.

Sementara itu, polis Israel berkata, pegawainya menggunakan langkah kawalan rusuhan semasa operasi di Issawiya.

Bagaimanapun, rakaman yang tular di laman sosial dari tempat kejadian bertentangan dengan apa yang dinyatakan pihak Israel di mana ia menunjukkan aktiviti biasa sahaja dijalankan penduduk sebelum tembakan dilepaskan.

Polis Israel berkata, kejadian itu sedang disiasat, namun Ahli Jawatankuasa Komuniti Issawiya, Mohammed Abu al-Homs berkata, pasukan Israel telah datang di kampung setiap hari sejak 10 bulan yang lalu.

About Aiman Hakim

432ee74c0c509139124c102a4a9abb130efa5f044ecb9482a23dc132dc082d48?s=90&d=mm&r=gAiman Hakim ialah seorang penganalisis politik dan wartawan yang meliputi politik Malaysia serta hubungan serantau ASEAN. Beliau memberikan laporan yang jelas mengenai dasar kerajaan, kerjasama serantau, dan bagaimana perkembangan antarabangsa mempengaruhi kedudukan Malaysia di Asia Tenggara.

Read Previous

Cadang PH bawa usul tukar PM jika tolak usul PAS

Read Next

Saham Apple jatuh, jualan dan pengeluaran terjejas akibat COVID-19

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *