Apabila bercakap tentang destinasi pelancongan di Malaysia, Taiping sering kali tidak terlintas dalam fikiran ramai. Namun, pekan yang terletak di utara Perak ini mempunyai keunikan tersendiri sebagai Bandar Warisan dan telah dinobatkan sebagai salah satu destinasi terbaik dunia untuk pelancongan lestari. Jika anda merancang untuk melancong ke sini, berikut adalah tujuh tempat menarik di Taiping, Perak yang perlu anda kunjungi bersama keluarga semasa musim cuti nanti.
Senarai Tempat Menarik di Taiping 2024
1. Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang – Tempat Menarik di Taiping
Pilihan pertama tempat menarik di Taiping yang paling popular adalah Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang, dulunya dikenali sebagai ‘Port Weld’, adalah kilang arang kayu yang paling tua di Malaysia.
Terletak di sepanjang pantai Kuala Sepetang, kilang ini menghasilkan arang dari pokok bakau yang matang sekurang-kurangnya 30 tahun.
Anda boleh menikmati lawatan yang merangkumi penerangan tentang proses penghasilan arang kayu serta aktiviti menarik lain untuk rombongan.
2. Muzium Telegraf Taiping
Muzium ini, yang dibuka pada tahun 2018 oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mempamerkan sejarah telekomunikasi di Malaysia. Asalnya merupakan Pejabat Pos dan Telegraf pertama di negara ini pada zaman kolonial British. Anda boleh menelusuri perkembangan telekomunikasi dari telegram hingga kemudahan pos modern di sini.
3. Air Terjun Bukit Jana
Pilihan tempat menarik di Taiping yang seterusnya adalah Air Terjun Bukit Jana. Air Terjun Bukit Jana ini terletak berhampiran Bukit Jana Golf Resort dan merupakan destinasi yang tersembunyi di Taiping.
Ia adalah tempat yang ideal untuk hiking, BBQ, dan bersantai bersama keluarga. Nikmati keindahan semula jadi serta udara segar di sini.
4. Taman Tasik Taiping – Tempat Menarik di Taiping
Dikenali juga sebagai Taiping Lake Garden, taman ini terbentuk daripada bekas lombong bijih timah.
Dibuka sejak tahun 1880-an, ia menawarkan landskap yang indah untuk bersantai dan aktiviti riadah bersama keluarga, termasuk permainan kanak-kanak dan berjogging.
5. Zoo Taiping & Night Safari
Zoo Taiping, yang ditubuhkan pada tahun 1961, adalah zoo tertua di Malaysia.
Ia menempatkan pelbagai haiwan dari mamalia hingga reptilia, dan juga menawarkan Night Safari yang membolehkan pengunjung mengamati aktiviti haiwan pada waktu malam.
6. Muzium Perak
Muzium Perak yang dibina pada tahun 1883 adalah muzium pertama di Malaysia.
Ia menampilkan koleksi sejarah alam semulajadi, budaya, dan geologi negara.
Kunjungi untuk melihat koleksi unik yang dikumpulkan sejak zaman kolonial British.
7. Spritzer EcoPark
Tempat menarik di Taiping yang terakhir adalah EcoPark Spritzer. Tempat best Taiping ini merupakan tempat yang sempurna untuk penggemar alam semula jadi.
Terletak di kawasan hutan hujan Taiping, ia menawarkan aktiviti seperti golf dan DIY dengan bahan kitar semula.
Nikmati udara segar sambil belajar mengenai proses pengambilan air mineral dari sumber semula jadi.
Taiping bukan sahaja menawarkan sejarah dan keunikan warisan, tetapi juga destinasi riadah yang menyeronokkan untuk kesemua anggota keluarga. Dari muzium bersejarah hingga alam semula jadi yang menakjubkan, Taiping pastinya patut dimasukkan dalam senarai destinasi percutian anda pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menghargai keindahan tempatan yang unik ini bersama-sama keluarga anda!
Baca lagi | TOP 10 Tempat Menarik di Kelantan