Kuala Lumpur: Walaupun sudah sampai ke penghujung bulan Ramadhan, namun perang di antara Syamsul Yusof, 39, dan isterinya Puteri Sarah Liyana, 38, di media sosial tampaknya semakin hangat. Perang di antara mereka di media sosial bermula apabila proses lafaz cerai pada 18 April lalu tidak menjadi kenyataan. Pasangan ini kemudiannya dilihat terus berbalas dakwaan dan penafian di Instagram masing-masing.
Terima Qada dan Qadar
Terbaharu, Syamsul meminta Puteri Sarah untuk menerima takdir bahawa dia sudah berkahwin lagi dan berhenti berdendam kerana ia bakal memakan diri dan masa depan anak-anak mereka. Melalui hantaran di Instagram itu, Syamsul berkata bahawa apa yang ditulisnya bukan untuk mendapat sokongan daripada para netizen kerana cukup buatnya Allah sahaja yang tahu. Dia hanya tidak mahu hal rumahtangganya ini menjadi fitnah kepada masyarakat.
Baca lagi | Ledakan Gol Pertama Buat Njardvik, Luqman Anggap Hadiah Sempena Aidilfitri
Dalam kenyataannya di Instagram, Syamsul turut meluahkan rasa terkejut apabila isterinya Puteri Sarah baharu menunjukkan permohonan nusyuz yang telah dia terima sejak proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Syamsul turut mendakwa bahawa Puteri Sarah telah menyimpan fail permohonan nusyuz itu dalam jangka masa yang sangat lama sebelum diberikan kepada peguamnya. Syamsul juga mengatakan bahawa Puteri Sarah bimbang dengan permohonan nusyuz itu kerana di dalamnya terdapat bukti yang menyatakan bahawa Puteri Sarah menjalin hubungan dengan lelaki lain sejak awal perkahwinan mereka lagi.
Pertikai Tuntutan Nafkah yang Tinggi
Syamsul juga menjelaskan mengenai tuntutan nafkah ditetapkan Puteri Sarah, di mana Puteri Sarah meminta bayaran purata RM10,000 sebulan dan aset wang ringgit RM400,000. Syamsul menyatakan bahawa Puteri Sarah sendiri yang letakkan dan suaminya setuju dengan semua tuntutan tersebut. Namun, beberapa hari kemudian, Puteri Sarah tiba-tiba menambah permintaan dengan aset jutaan Ringgit dan menuduh Syamsul menukar perjanjian asal serta meminta diskaun untuk nafkah anak.
Baca lagi | 4 Salon Kecantikan di Malaysia dengan Teknologi Mikrodermabrasi
Bukan itu sahaja, Syamsul turut menasihati Puteri Sarah supaya agar dirinya tidak berpura-pura di hadapan media dan netizen bagi meraih simpati daripada masyarakat. Ini termasuklah menggunakan anak-anak dan ibu bapa mentuanya dalam isu penceraian mereka. Syamsul juga berkata perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik, tetapi Puteri Sarah memilih yang sebaliknya.