The Malaysia Post

5 Makanan Mengurangkan Risiko Kanser

Sel kanser dapat dibunuh dengan makanan ke? Tidak secara langsung, tetapi kajian banyak membuktikan aspek pemakanan kita mampu mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kanser. Makanan yang mengandungi antioksidan dan fitokimia berfungsi sebagai antikanser Apakah makanan tersebut?

1.Brokoli

Brokoli merupakan kumpulan sayuran cruciferous dan lain-lain seperti kubis, kubis bunga dan kale mengandungi fitokimia dikenali sebagai glucosinolate. Bahan ini yang menghasilkan enzim pelindung apabila anda mengunyah sayuran mentah yang boleh memecahkan dinding sel.

Badan anda juga menghasilkan enzim tersebut dalam usus dan akan diaktifkan apabila brokoli mentah atau masak melaluinya.

Brokoli dan sayuran lain dalam kumpulan ini merupakan antara makanan anti kanser yang baik untuk anda amalkan dalam diet harian.

2.Lobak Merah

Kandungan dalam lobak merah kaya dengan pelbagai nutrien untuk melawan penyakit. Ia mengandungi beta-karotena iaitu sejenis antioksidan yang dapat melindungi membran sel daripada kerosakan toksin. Ia juga berfungsi melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Selain mengandungi vitamin dan fitokimia, di dalam lobak merah juga terdapat falcarinol iaitu sejenis racun semula jadi yang mungkin mempunyai kesan antiradang.

3.Bawang Putih

Bawang putih, selain daripada berfungsi sebagai penyedap masakan lebih-lebih lagi dalam masakan orang Asia, ia juga antara makanan anti kanser.

Sebatian sulfur yang terdapat dalam bawang boleh mencegah bahan penyebab kanser daripada berkembang dalam tubuh, mempercepatkan pembaikan DNA dan membunuh sel kanser.

Baca lagi | Syarikat yang Dipacu AI Jual Ubat Berpotensi Rawat Kanser Payudara

4.Beri

Buah beri mampu memberi kesan perlindungan terhadap penyakit jantung, kemerosotan memori dan kanser. Ada kajian menunjukkan ekstrak beri melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Strawberi dan raspberi kaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan asid elagik, sejenis fitokimia.

Asid elagik yang bersifat antikanser dapat meningkatkan enzim yang bertujuan memusnahkan bahan penyebab kanser dan melambatkan pertumbuhan tumor.

Kandungan flavonoid dalam beri juga berperanan mengatasi enzim yang merosakkan DNA.

Beri turut mengandungi antosianin yang mampu mengurangkan keradangan dan merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat.

5. Bayam

Bayam dikatakan makanan antikanser kerana mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu karotenoid yang membuang molekul tidak stabil dikenali sebagai radikal bebas daripada tubuh sebelum ia menjadi punca kanser.

Kesimpulannya, penyakit sebenarnya dapat dielakkan melalui pemakanan. Sebab itu kita perlu mengikuti saranan pakar kesihatan yang kini banyak memberikan nasihat pemakanan di media sosial secara percuma demi kesihatan orang awam.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Syarikat yang Dipacu AI Jual Ubat Berpotensi Rawat Kanser Payudara

Read Next

Tunggu Hari Saja –  Komen Sanusi

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.