The Malaysia Post

407 kes malaria zoonotik dilapor di Sabah, kes berkurang sepanjang tempoh PKP

Di dalam kita menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencegah penularan wabak COVID-19, terdapat lebih kurang 407 kes malaria zoonotik dilaporkan di negeri Sabah setakat 18 April ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata sebanyak 407 kes malaria zoonotik dilaporkan di Sabah, di mana satu kes adalah kes ‘import’ (jangkitan dari luar negara, manakala dua kes pula ialah kes ‘introduced’ dan satu kes ‘induced’.

Dr Christina berucap bersempena Hari Malaria Sedunia pada 25 April, jumlah kes yang dilaporkan pada tahun ini merupakan pengurangan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Sejak 2018, tiada jangkitan malaria manusia tempatan dilaporkan di negeri ini.

Penurunan kes malaria yang dilaporkan di negeri itu berkemungkinan juga disumbangkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut beliau.

Katanya, sempena sambutan Hari Malaria Sedunia, ia mengingatkan kita untuk memperbaharui azam kita untuk mengeliminasi atau mensifarkan malaria.

Tema Hari Malaria Sedunia tahun ini ialah ‘Sifar malaria bermula dengan saya’ memperlihatkan bagaimana usaha menyifarkan jangkitan malaria mampu berjaya dengan kerjasama semua pihak.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yakin dengan kerjasama pelbagai agensi, komitmen yang tinggi dan sikap berdaya tahan semua lapisan masyarakat, kita juga mampu membendung jangkitan wabak COVID-19,” katanya lagi.

Oleh itu, JKNS mengingatkan orang awam untuk terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti meneghadkan perjalanan, amalkan jarak sosial, menggunakan topeng penutup hidung dan mulut dan menjaga kebersihan dengan kerap mencuci tangan agar dapat memutuskan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat.

About J M Riaz

JM Riaz merupakan seorang wartawan hiburan yang gemar membuat liputan berita terkini di dunia. Dia bersemangat untuk membawa orang ramai yang terkini dan terhebat dalam hiburan. JM suka berinteraksi dengan pembacanya dan mendengar pendapat mereka tentang cerita terkini.

Read Previous

Hari Tapir Sedunia: Orang awam perlu mainkan peranan untuk selamatkan tapir dari kepupusan

Read Next

Pembatalan bazar Ramadan tahun ini, isu pembaziran makanan berkurangan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *