Sepanyol catat kes kematian kedua tertinggi, bagaimana kematian meningkat secara mendadak di negara itu?

Pada awal bulan Mac, Sepanyol dilihat hanya mempunyai kes jangkitan COVID-19 yang rendah berbanding negara jirannya, Itali. Kadar kematian juga tidak begitu ketara walaupun menunjukkan peningkatan hari demi hari.

Namun, jumlah kes positif dan kematian tiba-tiba meningkat secara mendadak di Sepanyol. Kini setakat 27 Mac, kes yang terjangkit dan positif COVID-19 sudah mencecah 65,719 kes manakala jumlah keseluruhan kematian sebanyak 5,138 di Sepanyol. Ini menjadikan Sepanyol adalah negara kedua yang merekodkan kadar kematian tertinggi di dunia selepas Itali.

Apa yang menyebabkan penularan wabak koronavirus yang mendadak di Sepanyol?

Media di negara itu menghangatkan bahawa penyebab kepada kes tersebut adalah perkhidmatan kesihatan awam yang tidak seimbang dan dilaporkan juga kekurangan sumber untuk mengekang isu berkaitan virus pandemik ini.

Pakar akademik di Sepanyol mengesahkan kemungkinan penyebab itu tetapi mengariskan juga beberapa faktor yang lain.

Pada Rabu, Gabungan Kesatuan Perubatan Sepanyol (CESM) melaporkan kes kepada Mahkamah Agung, meminta kementerian kesihatan negara itu menyediakan alatan perlindungan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, kes ini telah ditolak melihat kepada laporan yang diterima.

Selain itu, penyebab kepada penularan COVID-19 yang cepat di Sepanyol juga berlaku disebabkan kemungkinan “tahap kesedaran orang awam mengenai risiko terhadap jangkitan koronavirus,” menurut penyelidik yang juga penolong profesor sosiologi di Universiti Cordoba, Jose Hernandez.

Sepanyol mempunyai tingkah laku sosial yang penyayang berbanding negara lain. Rakyat negara itu kebiasaanya akan berjabat tangan, berpeluk atau bercium sesama lain apabila berjumpa dengan rakan atau keluarga. Tingkah laku ini meningkatkan peluang kepada penyebaran virus ini.

Tambahan lagi, Sepanyol mempunyai populasi orang tua berusia yang agak besar. Seperti diketahui, golongan berusia sangat mudah terserang dengan virus ini kerana mempunyai sistem imun badan yang lemah. Pusat jagaan orang tua juga tidak mempunyai sumber perubatan yang mencukupi. Ini lah yang menyebabkan kadar kematian terus meningkat dengan tinggi di Sepanyol.

Kerajaan Sepanyol bercadang untuk menyediakan ujian yang lebih pantas dengan memfokuskan kepada ujian yang lebih sahih serta kaedah pantas bagi menentukan tahap sebenar penyebaran koronavirus.

Sepanyol telah pun membeli ujian pantas COVID-19 dari China, namun mendapati ujian itu mempunyai tahap kebolehpercayaan yang terhad. Kebanyakan ujian yang boleh dipercayai masih belum diperolehi.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *