Kesatuan Eropah (EU), Turki kaji semula perjanjian

  • By Wendy. V
  • March 11, 2020
  • 0
  • 105 Views

Kesatuan Eropah (EU) dan Turki telah bersetuju untuk mengkaji semula perjanjian yang berusia empat tahun dalam menangani isu penghijrahan dan pelarian, di mana beribu-ribu pelarian telah berada di sempadan Turki-Greece dengan harapan untuk sampai ke Eropah, menurut pegawai EU kelmarin.

Di bawah perjanjian pada tahun 2016, EU menawarkan Turki sebanyak 6 bilion Euros dalam bantuan untuk menjadi tuan rumah kepada pelarian Syria, dengan memberikan keahlian EU dan insentif lain untuk menghentikan pelarian dari memasuki Eropah. Jumlah kedatangan pelarian ke Greece dari Turki menurun secara drastik selepas perjanjian berkuatkuasa.

Selepas mengadakan perbincangan dengan presiden Turki, Recep Teyyip Erdogan di Brussels, Presiden Kesatuan Konsulat, Charles Michel berkata pasukan yang diketuai oleh ketua dasar hal ehwal luar EU dan menteri luar Turki akan membincangkan ‘dalam beberapa hari untuk menjelaskan penguatkuasaan perjanjian di antara Turki dan EU supaya mereka dalam kedudukan yang sama’.

Presiden Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata semasa perbincangan dengan Erdogan ‘untuk membincangkan perkara yang berbangkit dan seterusnya membincangkan bagaimana kedua-dua pihak melihat perkara lalu dan bagaimana menilai kenyataan EU-Turki’.”

Pemimpin Turki, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk mengkaji semula perjanjian yang telah dibuat pada tahun 2016 mengenai isu pelarian dan penghijrahan.

Pemimpin Turki meninggalkan perjumpaan tersebut tanpa bercakap kepada media. Pegawai dari pejabat menyifatkan perjumpaan tersebut sebagai ‘produktif’.

Turki yang menjadi tuan rumah kepada lebih dari 3.5 juta orang pelarian Syria, dan Erdogan meminta supaya Eropah turut memikul beban yang sama seperti mereka.

Beliau menuduh EU tidak menepati kewajipan mereka di bawah perjanjian 2016, termasuk gagal untuk membayar peruntukan yang dijanjikan kepada Turki untuk menghalang pelarian dari memasuki Eropah.

EU berkata mereka sudah mencurahkan bantuan kewangan tersebut tetapi menuduh Erdogan ‘memeras ugut’ kerana membenarkan pelarian memasuki Eropah bulan lepas selepas berpuluh-puluh askar Turki terbunuh dalam pertempuran di Utara Syria.

Negara-negara EU menyokong di belakang Greece, yang juga ahli Nato, dan menerangkan mereka sebagai ‘pelindung’ melindung sempadan Eropah dengan negara luar.

Situasi di sempadan Greece-Turki kelihatan tenang kelmarin. Pihak berkuasa Greece berkata dalam masa 24 jam hingga kelmarin, mereka telah menghalang 1,646 percubaan untuk memasuki sempadan dan menangkap dua orang – seorang warga Maghribi dan seorang warga Mesir.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *