China tubuhkan dua daerah baru di bawah pentadbiran bandar Sansha, strategi untuk kuasai Laut China Selatan

  • By Wendy. V
  • April 28, 2020
  • 0
  • 280 Views

Laut China Selatan sering menjadi konflik antara China dan beberapa negara Asia Tenggara lainnya, disebabkan oleh tindakan China yang cuba untuk membuat tuntutan terhadap kawasan perairan itu.

Di Malaysia, konflik Laut China Selatan tercetus baru-baru ini apabila kapal peronda milik kerajaan China dilihat memasuki kawasan perairan zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berdekatan dengan kawasan West Capella, yang dikontrakkan di bawah syarikat minyak negara, Petronas.

Dua struktur pentadbiran baru akan terletak di Kepulaun Spartly

Beijing meneruskan agenda perluasan pengaruhnya di Laut China Selatan dengan penubuhan dua struktur pentadbiran baru di kawasan Kepulauan Spartly bagi dua daerah baru. Daerah tersebut dinamakan Xisha dan Nansha akan diletakkan di bawah kerajaan kawasan Sansha, sebuah bandar selatan kepulauan Hainan. Kawasan daerah ini meliputi kepulauan Paracels dan Macclesfield Bank, kawasan bertindih antara China, Vietnam dan Taiwan.

Ia mendapat persetujuan daripada Majlis Negeri, yang mana dua pusat pentadbiran baru itu bertujuan untuk mentadbir perairan di Laut China Selatan. Pakar mengatakan bahawa ini adalah perancangan bandar baru yang normal untuk pengurusan saintifik yang lebih baik dan untuk melindungi kedaulatan wilayah, dan tidak boleh ditafsirkan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, kedudukan pusat pentadbiran daerah baru ini sangat kritikal dalam proses China untuk mengesahkan kepada dunia bahawa mereka adalah tuan kepada kepulauan yang kaya dengan hasil bumi ini.

Kawasan perairan Laut China Selatan yang cuba diklaim oleh China

Pusat pentadbiran Xisha akan berada di Pulau Woody yang digelar Yongxing Island, manakala pusat pentadbiran Nansha akan berada di Fiery Cross Reef (Yongshu Reef). Pentadbiran baru ini bererti Beijing akan meletakkan lebih banyak anggota tentera dan sumber dari segi logistik.

Pentadbiran kedua-dua daerah baru ini diletakkan di bawah bandar Hainan. Kedudukan strategik Hainan dari segi akses kapal ke Laut China Selatan tidak dapat dinafikan lagi. Markas Laut Yulin (Yulin Naval Base) milik Tentera Laut China merupakan markas bagi kapal selam nuklear bagi operasi di kawasan Selatan China.

Kapal selam ini berupaya membawa peledak nuklear yang diletakkan pada misil antara benua, hasil laporan Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat. Dengan melicinkan urusan pemindahan anggota dan logistik antara dua daerah baru ini, China secara tidak langsung mempercepatkan lagi respons operasi kapal perang sekiranya diancam. Penulis berpendapat, China menggunakan kapal penyelidik yang berada di perairan negara bagi melakukan pemetaan laut dalam bagi pengoperasian kapal selam nuklear dan konvensional mereka.

Sebelum ini, China telah bertindak dengan memusnahkan kapal nelayan Vietnam di sekitar kawasan yang dituntutnya. Tindakan ini menyebabkan kemarahan Washington yang mengangap China mengeksploit wabak COVID-19 untuk meluaskan pengaruh di Laut China Selatan.

Dua kapal perang Navy memantau perairan Laut China Selatan, kawasan panas berdekatan luar perairan Malaysia

China tentu sahaja melihat pandemik COVID-19 ini sebagai waktu yang sesuai untuk bertindak meluaskan kuasa memandangkan Amerika Syarikat tidak berupaya untuk mengekang dan mengawal Laut China Selatan.

Wabak COVID-19 sedikit sebanyak melumpuhkan operasi ketenteraan Amerika Syarikat. Kapal pengangkut pesawat seperti USS Theodore Roosevelt milik Tentera Laut Amerika Syarikat terpaksa di kuarantin dan dipantau di pelabuhan. Kekurangan aset strategik ini menyebabkan Laut China Selatan terdedah dengan ancaman pelayaran agresif China.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *