Lonjakan kes baharu koronavirus di China cetuskan kebimbangan gelombang baru jangkitan

  • By Wendy. V
  • April 14, 2020
  • 0
  • 174 Views

Sebelum ini China telah mengumumkan negara itu semakin pulih dan mampu menarik nafas lega apabila wilayah Hubei, yang menjadi pusat penularan wabak COVID-19 tidak lagi mencatatkan jangkitan kes baharu buat kali pertamanya.

Dengan berita baik itu, bandar Wuhan yang terletak di Wilayah Hubei telah dibenarkan untuk dibuka semula setelah menjalankan perintah berkurung selama lebih kurang 11 minggu. Namun begitu, lonjakan baharu kes koronavirus telah mencetuskan kebimbangan akan menyebabkan berlakunya gelombang kedua.

Terbaharu, China telah melaporkan bilangan kes koronavirus harian baharu paling tinggi dalam tempoh hampir enam minggu, memberi amaran gelombang kedua jangkitan COVID-19. Pada Isnin, 109 kes COVID-19 direkodkan, di mana 98 kes diimport dari warganegara China yang pulang ke tanah air atau pengunjung dari luar negara.

Kes baharu yang diimport itu meningkat dari 97 kes pada hari sebelumnya. Bilangan kes asimptomatik – yang tidak dikira oleh Beijing sebagai kes yang disahkan jatuh kepada 61 dari 63 kes sehari sebelumnya.

Ini menjadikan sekarang terdapat sejumlah 82,160 kes yang disahkan di tanah besar China. Angka kematian turut meningkat apabila 2 kes kematian telah dilaporkan, membawa kepada jumlah keseluruhan di negara itu kepada 3341 kes.

Bandar Beijing berasa bimbang mengenai mereka yang dijangkiti memasuki negara China akan mencetuskan gelombang kedua dan seterusnya membawa negara itu semula di dalam keadaan hampir separa lumpuh.

Bandar-bandar China yang berada berdekatan dengan sempadan negara Rusia turut mengetatkan kawalan sempadan dan mengambil langkah kuarantin terhadap sebarang ketibaan. Bandar bersempadan Suifenhe dan Harbin, ibu negara Heilongjiang berkata semua ketibaan daripada luar negara akan memerlukan mereka untuk menjalani tempoh kuarantin selama 28 hari, selain ujian antibodi dan asid nukleik.

Harbin juga akan mengambil langkah perintah berkurung untuk unit residen di mana kes koronavirus yang disahkan dan kes asimptomatik yang dijumpai selamat tempoh 14 hari.

Wendy. V

Sebaran berita terkini hanya untuk anda!

View All Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *